Bahan Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda
1 biji telur
sedikit garam
pewarna hijau
cara cara nya :
1) Satukan kesemua bahan dan kacau sampai sebati.
2) Kemudian tapis, dan simpan sekejap (lebih kurang dlm 10 minit)
3) Selepas itu panaskan kuali, sapu sedikit minyak.
4) Bila kuali dah panas, masukkan sedikit adunan , dan biarkan sampai masak.
5) Angkat dan masukkan inti, lipat dua.
Bahan Untuk Inti :
2 biji telur
2 cawan santan pekat
3/4 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
daun pandan
garam
pewarna hijau
Cara Cara :
1) Satukan kesemua bahan dan kacau atas api sampai pekat.
2) Bila dah pekat padamkan api dan biarkan sejuk