Pages

29 December 2010

KUIH BOOMMMM . . !!!



CENDAWAN GORENG

SARDIN MASAK LEMAK CILI API

JELI KELAPA

27 December 2010

KUIH BINGKA ROTI

SIAKAP 3 RASA BERSAMA SAMBAL SIAM & ULAM-ULAMAN



KEK MARBLE HARMUNI



KUIH KASTURI / KUIH RENGAS


BAHAN BAHAN:-
300 gm kacang hijau
100 gm gula pasir
1 camca tepung ubi
1/2 camca garam
(sedikit kelapa jika suka) tak nak kelapa pun

TEPUNG UNTUK SALUD:-
150 gm tepung gandum
1/2 camca tepung beras
1/2 camca serbuk kunyit
250 gm air
garam

CARA CARA:-
1) Kacang hijau di rebus tapi jangan terlalu kembang.
2) Kacau sampai agak kering masukan gula, garam  tepung ubi (kelapa).
3) Kacau lagi sampai betul-betul pekat dan sejukkan.
4) Satukan semua bahan salut.
5) Adunan kacang tadi di bulat bulatkan dan di leperkan sedikit.
6) Panaskan minyak bila minyak dah panas celup adunan kacang tadi dalam bahan salut.
7) Goreng hingga kekuningan..

KUIH PAU SAMBAL

KUIH TALAM SUJI


21 December 2010

MAKARONI GORENG BEREMPAH


BAHAN-BAHAN ( A ):-
200 gm Makaroni
2 sudu besar minyak
Sedikit garam
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN ( B ):-
1 biji bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dipotong dadu
2 tangkai daun kari
1 camca biji sawi

BAHAN-BAHAN ( C ):-
2 pek perencah bihun goreng
1 sudu besar serbuk kari - dibancuh dengan sedikit air
100 gm daging ayam - dipotong dadu
1 1/2 sudu besar kicap pekat
1 ketul kiub pati ayam
3 pokok daun sawi - dipotong panjang
Garam dan gula secukup rasa
Bawang goreng, daun kari dan cili untuk hiasan 

CARA-CARA:-
1. A:- Masukkan air ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih, masukkan pula makaroni, minyak dan garam. Rebus hingga empuk, toskan dan ketepikan.
2. B:- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis kesemua bahan sehingga kekuningan.
3. C:- Masukkan pes perencah bihun bersama serbuk kari, tumis sampai pecah minyak.
4. Tamabahkan daging ayam dan goreng selam 2-3 minit.
5. Masukkan kicap pekat, serbuk pati ayam, makaroni dan daun sawi. Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul selama 5minit sampai mesra.
6. Bolehlah dihidangkan. Hias dengan bawang goreng, daun kari dan hirisan cili merah.

KUIH SERI MUKA PISANG


BAHAN-BAHAN ( BAWAH ):-
1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang yang dilenyek
1/2 cawan gula
2 sudu tepung kastard

BAHAN-BAHAN ( ATAS ):-
60 gm tepung gandum
100 gm gula 
250 gm santan
50 gm jus pandan
1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

CARA-CARA:-
1. ( BAWAH ) - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
3. ( ATAS ) - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
4. Kacau sebati, tapiskan.
5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.

(* UNTUK BAHAGIAN BAWAH, SAYA MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING SUPAYA WARNANYA TIDAK KELIHATAN PUCAT. )

KUIH CARA BERINTI JEM NENAS ATAU KAYA


BAHAN-BAHAN:-
300gm tepung gandum
1 biji telur
650 ml santan atau secukupnya
4 helai daun pandan ( ambil airnya )
Sedikit garam
Pewarna

BAHAN UNTUK INTI:-
Kaya atau apa-apa jem secukupnya

CARA-CARA:-
1. Satukan bahan di atas ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau hingga sebati dan tapis.
3. Panaskan acuan kuih, sapu sedikit minyak.
4. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan yang telah panas serta sedikit kaya atau jem.
5. Tutup acuan dengan penutup semasa membakar adunan, masak sampai masak.

KUIH TALAM CENDOL


LAYAN GAMBAR ~ TALAM CENDOL NI ADALAH TEMPAHAN DARI SEORANG KAWAN DI MELAWATI. TERIMA KASIH BEBANYAK KERANA SUDI MENGODER . . ^_^

15 December 2010

KUIH DONAT



Assalamualaikum, cantik kn donat nie . . hehe . . Sy buat utk mkan ptg td, lmbut sesangat~~ Nk masukkan rspi, rsa nya smua da taw nk buat donat kn . . Rspi yg sy cuba buat nie, dpt dr seorng knalan baru . . smasa sma2 m'hadiri kursus m'buat kuih-muih di Aniz Baking Centre, iaitu Zuraidah Salamat . . Trima kasih atas kesudian utk b'kongsi rspi yg m'jd nie, mmg da lma m'cri rspi donat yg lmbut n sedaaapppp~~ ^_^

KUEY TEOW


BAHAN-BAHAN:-
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air ( sy tambah 3 sudu air lg )
1 biji putih telur
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum ( utk disapu )

CARA-CARA:-
1. Tepung gandum dan tepung beras digaul mesra.
2. Putih telur dipukul sekejap, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
3. Tuangkan air yang bercampur garam, uli sebati.
4. Jika adunan susah untuk diuli, tambahkan 3 sudu air lagi. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
5. Bungkus dengan plastik, simpan selama 10-15 minit. 
6. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
7. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
8. Gelek pula no.05 kemudian pada no.03. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat kuey teow.
10. Celurkan kuey teow sedikit demi sedikit untuk mengelakkan daripada melekat ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
11. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
12. Toskan sekejap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuey teow.
13. Cara buat kuey teow ni lebih kurang macam cara membuat mee kuning, bezanya adunan kuey teow lebih keras sedikit berbanding adunan mee kuning.

14 December 2010

KUIH SERI MUKA PANDAN


BAHAN-BAHAN ( BAWAH ):-
1 1/2 cawan beras pulut
150 ml santan
1 helai daun pandan
Sedikit garam

BAHAN-BAHAN ( ATAS ):-
60 gm tepung gandum
100 gm gula
250 gm santan pekat
50 gm jus pandan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau

CARA-CARA:-
1. ( BAWAH ) - Beras pulut dibasuh dan rendamkan selama 2-3 jam. Toskan.
2. Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
3. Masukkan santan + garam ( santan hendaklah sama paras dengan pulut ).
4. Masukkan daun pandan, kukus selama 20minit.
5. ( ATAS ) - Campurkan gula, telur dan garam. Kacau / pukul sebati.
6. Masukkan santan, jus pandan dan pewarna. Kacau lagi.
7. Masukkan pula tepung gandum dan tepung jagung, kacau sampai semuanya sebati.
8. Tapiskan adunan, simpan sekejap.
9. Tekan pulut yang telah dikukus tadi menjadi padat, kukus semula selama 5minit.
10. Tuang bahagian atas dan kukus selama 20minit atau hingga masak.
11. Bila sejuk, angkat kuih bersama plastik lapik tadi sebelum dipotong.

*PLASTIK DIGUNA BERTUJUAN UNTUK MEMUDAHKAN KUIH DIKELUARKAN.

13 December 2010

KUIH BAKAR PANDAN


1 ADUNAN BOLEH MENGHASILKAN 6-7 BIJI KUIH ( MENGIKUT SAIZ ACUAN )

BAHAN-BAHAN:-
6 biji telur
2 cawan air pandan ( lebih kurang 5-6 helai )
2 cawan santan pekat
3 cawan tepung gandum ( kurangkan 2-3 sudu )
1 1/2 cawan gula
4 sudu besar minyak sapi
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Sedikit bijan

CARA-CARA:-
1. Gula dan telur dipukul hingga kembang.
2. Masukkan air pandan, santan pekat dan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis, kemudian masukkan pula minyak sapi.
4. Pukul lagi sampai adunan menjadi mesra.
5. Jika adunan bergentel, tapiskan. Perap selama 30minit.
6. Panaskan acuan dengan 2 sudu minyak sapi selama 15minit.
7. Kemudian taburkan bijan, tuangkan adunan sama paras dengan acuan.
8. Bakar selama 40minit.

SAMBAL IKAN NYOKNYOK


BAHAN-BAHAN:-
( UNTUK GORENG IKAN )
3 keping ikan nyoknyok
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Minyak
( UNTUK SAMBAL )
10 tangkai cili kering ( kalau nk pedas, lebihkan )
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa ( ikut suka )
1 biji bawang besar ( untuk hiasan )

CARA-CARA:-
1. Ikan dibersihkan, kemudian gaul dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng sampai garing. ( utk elak ikan daripada melekat, apabila minyak panas masukkan sedikit garam )
3. Blender cili kering sampai halus, masukkan bawang besar dan bawang putih. Blender sekejap.
4. Panaskan kuali dengan lebihan minyak goreng ikan tadi.
5. Masukkan bahan blender tadi, masak sampai kering dan pecah minyak.
6. Masukkan air asam, garam dan serbuk perasa. Kacau sebati, masukkan ikan.
7. Kemudian, masukkan sebiji bawang besar yang dipotong bulat-bulat.
8. Gaul sekejap, jangan tunggu bawang layu.
9. Masukkan ke dalam pinggan, hidangkan, sedia dimakan tanpa segan-segan.

MENGHADIRI KURSUS DI ANIZ BAKING CENTRE

                                                                                                                                                                     


 
Antara kuih-muih yg saya telah pelajari semasa menghadiri kursus ini termasuklah seperti KUIH TALAM KELADI, TALAM CENDOL, TALAM SUJI, TALAM UBI KAYU, TALAM LABU, TALAM SERI PANDAN, KUIH LAPIS, KUIH BAKAR, SERI MUKA PANDAN, PUTERI AYU dan KEK GULA HANGUS.

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN ( APAM TEPUNG BERAS )


30 BIJI KUIH = RM 12

* TEMPAHAN HANYALAH SEKITAR AU KERAMAT (AU1 ~ AU5). 
( JIKA ANDA BERADA DI LUAR KAWASAN, BOLEH JUGA MENEMPAH TETAPI HENDAKLAH DATANG SENDIRI AMBIL DI RUMAH SAYA ). 

* TEMPAHAN BOLEH DIBUAT PADA HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM SAHAJA.  ALMAKLUMLAH, KRJA KAN. HEHE. ( BERITAHU 2 HARI AWAL SEBELUM TARIKH YANG DIKEHENDAKI ). 

* SEBARANG MAKLUMAT ATAU PERTANYAAN, HUBUNGI SAYA DITALIAN: 
H/P: 016-3871021 
RUMAH : 03-41060084 

ATAU EMAILKAN KEPADA:  
hasiahhashim63@gmail.com

ATAU KOMEN TERUS KE DALAM RUANG DI BAWAH INI, TERIMA KASIH. ^_~ 

11 December 2010

KEREPEK DAUN KADUK


BAHAN-BAHAN:-
Daun kaduk ( resepi asal menggunakan daun bayam )
2 cawan tepung gorengan serbaguna ( boleh goreng pisang, ubi kledek, ubi kladi dll )
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
Segenggam udang kering
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:-
1. Tumbukkan jintan manis, jintan putih dan udang kering secara berasingan. Jangan terlalu halus.
2. Campurkan ke dalam tepung gorengan serbaguna, kemudian masukkan air sedikit-sedikit. Jangan terlalu cair ataupun terlalu pekat. ( sedang-sedang aje )
3. Kacau sebati.
4. Celupkan daun kaduk satu-satu ke dalam bancuhan tepung tadi, goreng dalam minyak yang sederhana panas. ( api jangan terlalu besar kerana cepat hangus )

*BAGI SESIAPA YANG TIDAK KENAL RUPA DAUN KADUK, INILAH DIA . . . ^_^

KUIH BENGKA UBI KAYU


BAHAN-BAHAN:-
4 cawan ubi kayu ( parut, buang airnya )
1 cawan gula
2 biji telur
3 sudu mentega
1 sudu esen vanilla
Sedikit garam
Sedikit warna kuning

CARA-CARA:-
1. Telur, gula, mentega serta garam dikacau bersama sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan pewarna kuning.
3. Masukkan ubi kayu yang telah diparutkan tadi.
4. Gaul sebati, kemudian masukkan ke dalam loyang.
5. Bakar selama 45minit suhu 170°C atau sehingga masak.
6. Apabila sejuk, barulah potong.

10 December 2010

SEDIA MENERIMA TEMPAHAN ( ROTI JALA )




ROTI JALA SAHAJA : 1 KG TEPUNG = RM 18
KARI AYAM SAHAJA : 1 EKOR AYAM = RM 35
(ANGGARAN 1 KG = 90 -> 100 KEPING)

~> gamba kt atas ni adalah tempahan daripada kwn pg td, sebanyak 2 kg dan kari untuk 1 ekor ayam . .

* TEMPAHAN HANYALAH SEKITAR AU KERAMAT (AU1 ~ AU5). 
( JIKA ANDA BERADA DI LUAR KAWASAN, BOLEH JUGA MENEMPAH TETAPI HENDAKLAH DATANG SENDIRI AMBIL DI RUMAH SAYA ). 

* TEMPAHAN BOLEH DIBUAT PADA HARI SABTU, AHAD DAN CUTI UMUM SAHAJA.  ALMAKLUMLAH, KRJA KAN. HEHE. ( BERITAHU 2 HARI AWAL SEBELUM TARIKH YANG DIKEHENDAKI ). 

* SEBARANG MAKLUMAT ATAU PERTANYAAN, HUBUNGI SAYA DITALIAN: 
H/P: 016-3871021 
RUMAH : 03-41060084 

ATAU EMAILKAN KEPADA:  
hasiahhashim63@gmail.com

ATAU KOMEN TERUS KE DALAM RUANG DI BAWAH INI, TERIMA KASIH. ^_~ 

08 December 2010

KUIH KAPAL TERBANG / KUIH LIDAH BUAYA


BAHAN-BAHAN:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
1 biji telur
Sedikit garam
2 sudu minyak masak
2 sudu tepung jagung
Minyak ( untuk menggoreng )
Gula icing ( untuk digaul )

CARA-CARA:-
1. Tepung dan telur digaul bersama, kemudian masukkan air+garam sedikit-sedikit. Jangan dihabiskan.
2. Uli samapai menjadi doh, tidak terlalu keras juga tidak terlalu lembut.
3. Bahagikan kepada beberapa bebola kecil.
4. Canaikan bebola doh tersebut secara memanjang.
5. Kemudian, sapukan tepung jagung yang dibancuh bersama minyak keatas permukaan doh tadi.
6. Gulung / lipat doh sehingga ke hujung.
7. Gelek menjadi nipis, potong mengikut saiz yang dikehendaki.
8. Buat sehingga selesai.
9. Panaskan minyak, goreng kekuningan.
10. Toskan, gaul bersama gula icing.

SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN, DA BOLEH MAKAN LAA..!! =D

PUDING SAGU


BAHAN-BAHAN ( LAPISAN BAWAH ):-
3 cawan sagu
1 1/2 cawan air ( kalau pekat, tambahkan sedikit lagi air )
Gula ikut manis ( saya guna 1 1/2 cawan )
Pewarna

CARA-CARA:-
1. Basuh dan rendamkan sagu sampai kembang.
2. Toskan.
3. Masak air, gula dan pewarna sampai mendidih.
4. Masukkan sagu, kacau sampai pekat dan masak.
5. Tuangkan ke dalam bekas.

BAHAN-BAHAN ( LAPISAN BAWAH ):-
6 cawan santan
1 cawan tepung jagung
Sedikit garam
Sedikit gula

CARA-CARA:-
1. Satukan semua bahan, kacau atas api sampai pekat dan berkilat.
2. Tuang ke atas lapisan sagu tadi.

* SEELOKNYA GUNAKAN BEKAS PLASTIK KECIL-KECIL SUPAYA MUDAH DIKELUARKAN.

SEDAP DIMAKAN SAMADA PANAS MAHUPUN SEJUK!!

06 December 2010

KUIH KASWI GULA HANGUS


BAHAN-BAHAN:-
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan gula putih
3 sudu gula (utk buat gula hangus)
4 cawan air
1/2 camca kapur 
Sedikit garam

CARA-CARA:-
1. 3 sudu gula dihanguskan.
2. Kemudian masukkan 3/4 cawan air panas.
3. Kacau sampai gula larut dan sejukan.
4. Kemudian satukan tepung gandum, tepung ubi, kapur, gula putih dan garam.
5. Gaul sebati, tuangkan air dan cairan gula hangus tadi.
6. Tapis adunan.
7. Panaskan air dalam kukusan. Bila air mendidih, sapukan loyang dengan sedikit minyak. 
8. Panaskan loyang sekejap, kemudian masukankan adunan tadi.
9. Kukus sampai masak.
10. Bila masak, sejukkan. Potong dan gaul dengan kelapa yang dicampurkan garam.

Selamat mencuba!!

05 December 2010

MASALODEH


BAHAN-BAHAN:-
3 cawan kacang dal
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 tangkai daun kari
2 genggam udang kering (ditumbuk)
10 tangkai cili kering (dipotong halus)
1 sudu jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu jintan manis (ditumbuk halus)
Garam secukup rasa

CARA-CARA:-
1. Rendam kacang dal selama 3-4jam.
2. Apabila sudah kembang, toskan sampai kering.
3. Blender kacang dal ( guna blender kering ), jangan terlalu halus.
4. Kemudian, campurkan kacang dengan semua bahan bahan yang lain. Gaul sebati.
5. Bulat dan leperkan adunan kacang dal tadi.
6. Panaskan minyak.
7. Goreng hingga masak.

IKAN KELI MASAK PECAL LELE


BAHAN-BAHAN ( A ) :-
4 ekor ikan keli
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit

1. Basuh ikan hingga bersih.
2. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Bakarkan ikan tersebut.

BAHAN-BAHAN ( B ) :-
1 sudu minyak masak
1 helai daun kunyit
2 batang serai ( diketuk )
2 keping asam keping
2 cawan pati santan
Sedikit garam
Sedikit gula

BAHAN-BAHAN ( KISAR ) :-
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
1 cm cekur

CARA-CARA:-
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
3. Setelah itu, masukkan daun kunyit bersama serai.
4. Kacau rata, biarkan sebentar.
5. Apabila sudah sebati, masukkan ikan keli yang sudah dibakar.
6. Masukkan juga asam keping, pati santan, garam dan gula.
7. Masak hingga pekat.

01 December 2010

CARA MEMBUAT MEE KUNING


BAHAN-BAHAN:-
4cawan tepung gandum
1cawan air
1biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:-
1. Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepung.
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.

LANGKAH DEMI LANGKAH:-


1. Doh mee kuning.
2. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil.
3. Bentukkan memanjang.
4. Leperkan doh dengan menggunakan tangan.
5. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing).
6. Buat hingga selesai.
7. Gelek pula no.5 / no.6.
8. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9 & 10. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting.
11. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi.
12. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
13. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
14. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.

30 November 2010

Karipap Pusing (Step By Step)


MENGHASILKAN LEBIH KURANG 40BIJI (MENGIKUT SAIZ)

BAHAN-BAHAN (KULIT LUAR):
350gm tepung gandum
30gm marjerin
170gm air
Sedikit garam

CARA-CARA:
1. Gaulkan tepung bersama marjerin.
2. Kemudian, masukkan air + garam sedikit-sedikit. Uli menjadi doh.
3. Simpan selama 20minit.

BAHAN-BAHAN (KULIT DALAM):
150gm tepung gandum
100gm marjerin

CARA-CARA:
1. Tepung dan marjerin digaul sebati.

LANGKAH DEMI LANGKAH:
 

1. Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil.
2. Kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis.
3. Leperkan bebola dan canai memanjang.
4. Gulungkan.
5. Leperkan.
6. Canai sekali lagi secara menegak.
7 & 8. Gulungkan.
9 & 10. Potong dua.
11. Leperkan dan canai secara bulat atau memanjang.
12. Letakkan inti di sebelah bahagian sahaja.
13. Lipat dua dan kelim bahagian tepi.
14. Buat sehingga selesai semuanya.
15. Gorengkan dan inilah hasil usaha gigih anda.

*Api hendaklah sentiasa dikawal. Minyak jangan terlalu panas atau sejuk kerana hasilnya kemudian tidak begitu cantik.

* Di sini saya tidak sertakan sekali resepi untuk inti, mungkin semua sudah tahu. Terpulang kepada selera masing-masing untuk membuat intinya sama ada sardin, daging, atau sebagainya. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

29 November 2010

Kuih Lapis Pisang


BAHAN A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (kurangkan ke 2/3 cawan)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad / jagung
1 sudu teh garam

BAHAN B:
1 cawan pisang emas / berangan - dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning

BAHAN C:
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah

CARA-CARA:
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan (sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak, panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B), akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

(Resepi asal daripada Ma DiHaA)

23 November 2010

Apam Lenggang


Sumber: Internet

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
300ml santan kelapa dari 1/2 biji kelapa
3/4 sudu kecil yis
3/4 sudu kecil garam
1/2 cawan nasi 
Gula castor ikut rasa

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan dan kacau rata.
2. Tutup adunan dan rehatkan selama 45-60 minit.
3. Tuangkan sesenduk ke dalam kuali yang telah disapu minyak dan lenggangkan adunan.
4. Guna api yang kecil, masak selama 2-3 minit.

16 November 2010

Food Carving





Ni anak saya belajar buat semalam (15/11/2010), dia belajar di UNITAR dan ambil course DIPLOMA IN CULINARY ARTS. Tapi dalam gambar-gambar di atas ni bukan la dia buat seorang saja, dah dicampur dengan hasil dari rakan-rakan sekelasnya sama.
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim