Pages

30 November 2010

Karipap Pusing (Step By Step)


MENGHASILKAN LEBIH KURANG 40BIJI (MENGIKUT SAIZ)

BAHAN-BAHAN (KULIT LUAR):
350gm tepung gandum
30gm marjerin
170gm air
Sedikit garam

CARA-CARA:
1. Gaulkan tepung bersama marjerin.
2. Kemudian, masukkan air + garam sedikit-sedikit. Uli menjadi doh.
3. Simpan selama 20minit.

BAHAN-BAHAN (KULIT DALAM):
150gm tepung gandum
100gm marjerin

CARA-CARA:
1. Tepung dan marjerin digaul sebati.

LANGKAH DEMI LANGKAH:
 

1. Doh bahagian dalam dibuat bebola kecil.
2. Kemudian balutkan dengan doh bahagian luar. Buat sehingga habis.
3. Leperkan bebola dan canai memanjang.
4. Gulungkan.
5. Leperkan.
6. Canai sekali lagi secara menegak.
7 & 8. Gulungkan.
9 & 10. Potong dua.
11. Leperkan dan canai secara bulat atau memanjang.
12. Letakkan inti di sebelah bahagian sahaja.
13. Lipat dua dan kelim bahagian tepi.
14. Buat sehingga selesai semuanya.
15. Gorengkan dan inilah hasil usaha gigih anda.

*Api hendaklah sentiasa dikawal. Minyak jangan terlalu panas atau sejuk kerana hasilnya kemudian tidak begitu cantik.

* Di sini saya tidak sertakan sekali resepi untuk inti, mungkin semua sudah tahu. Terpulang kepada selera masing-masing untuk membuat intinya sama ada sardin, daging, atau sebagainya. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

29 November 2010

Kuih Lapis Pisang


BAHAN A:
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (kurangkan ke 2/3 cawan)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad / jagung
1 sudu teh garam

BAHAN B:
1 cawan pisang emas / berangan - dilecek
1/4 cawan air
Sedikit pewarna kuning

BAHAN C:
1/4 cawan air
Sedikit pewarna merah

CARA-CARA:
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan (sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak, panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
6. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
7. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B), akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
8. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus 10 - 12 minit.
9. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

(Resepi asal daripada Ma DiHaA)

23 November 2010

Apam Lenggang


Sumber: Internet

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung beras
300ml santan kelapa dari 1/2 biji kelapa
3/4 sudu kecil yis
3/4 sudu kecil garam
1/2 cawan nasi 
Gula castor ikut rasa

CARA-CARA:
1. Kisar semua bahan-bahan dan kacau rata.
2. Tutup adunan dan rehatkan selama 45-60 minit.
3. Tuangkan sesenduk ke dalam kuali yang telah disapu minyak dan lenggangkan adunan.
4. Guna api yang kecil, masak selama 2-3 minit.

16 November 2010

Food Carving





Ni anak saya belajar buat semalam (15/11/2010), dia belajar di UNITAR dan ambil course DIPLOMA IN CULINARY ARTS. Tapi dalam gambar-gambar di atas ni bukan la dia buat seorang saja, dah dicampur dengan hasil dari rakan-rakan sekelasnya sama.

05 November 2010

Agar-Agar Santan


BAHAN-BAHAN:
1 packet agar-agar
5 cawan air
3 cawan santan
2 biji telur
Gula ikut manis
Garam
Pewarna

CARA-CARA:
1. Masak agar-agar dengan 5 cawan air.
2. Bila agar-agar sudah larut, masukkan gula.
3. Santan, garam dan telur pukul sebati.
4. Tapis agar-agar, bahagikan kepada 3.
5. Setiap bahagian, masukkan sedikit pewarna bersama 1 cawan santan.
6. Masak semula, tapi jangan sampai pecah minyak.
7. Masukkan ke dalam loyang, bekukan.
8. Ulang langkah 5 dan 6 untuk bahagian seterusnya.

TIPS:
Bila sudah beku, cakarkan permukaan sebelum dituangkan lapisan berikutnya.

Kuih Lapis


BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam

CARA-CARA:
1. Satukan semua bahan di atas, tapis.
2. Bahagi kepada dua bahagian.
3. Setiap bahagian masukkan pewarna mengikut kesukaan.
4. Didihkan air, sapukan loyang dengan sedikit minyak.
5. Kukus selapis-selapis, sampailah habis.

02 November 2010

Apam Tepung Beras


BAHAN-BAHAN:
1 cawan tapai nasi
3 cawan tepung beras CAP TERATAI
3/4 cawan gula
1 paket Eno biru
3 cawan air
Sedikit garam
Sedikit pewarna (ikut suka)
Kelapa parut + sedikit garam (untuk hiasan)

CARA-CARA:
1. Tapai nasi blender dgn 2 cawan air, garam dan gula.
2. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung beras, gaul sebati.
3. Blenderkan sekali lagi dengan 1 cawan air, tapis.
4. Simpan selama 5-6jam.
5. Masukkan eno, kacau dan perap selama 20minit lagi.
6. Kemudian, kukus selama 10-15minit.
7. Apabila masak, angkat dan sejukkan. Apam ini akan merekah di permukaannya.
8. Hiaskan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam

*Resepi ini diambil dari blog HAJAH NORAINI BT HJ. ZAKARIA, minta halal ye kak. Sedap, dan lembut, terima kasih kak kerana sudi berkongsi resepi ni.
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim