200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (tukar kepada susu segar pun boleh)
CARA-CARA:
1.
Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu.
Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut,
keluarkan dari kukusan dan lenyek (tak perlu terlalu hancur)
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
6.
Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama
kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
7.
Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar
dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit.