Pages

27 November 2011

kuih jongkong



ADUH ! BOSANNYA HARI NI, TAK TAU APE NAK BUAT.
 BILA HARI KERJA, ASYIK NAK CUTI JE. BILA DAH CUTI
 BORING PULA. CUTI SEBULAN LEBIH PULA TU.
 OK LAH DI KESEMPATAN NI AKU INGIN MENGUCAPKAN
 SELAMAT BERCUTI PADA KAWAN KAWAN AKU , CIKGU ZAUYIAH DAN CIKGU ATIKAH.
 OK LAH JOM TENGOK APA YANG AKU MASAK UNTUK MAKAN PETANG NI..
 DAH LAMA TERINGIN NAK BUAT, NI ANAK ANAK SUKA MAKAN. KALU SEJUK
 DIAORANG KATA LAGI SEDAP. APA APA PUN JUM TENGOK RESEPINYA.

 KUIH JONGKONG :
 
 BAHAN BAHAN :

 3 CAWAN TEPUNG BERAS
 11 CAWAN AIR PANDAN (SAYA GUNA 10 HELAI DAUN PANDAN )
 1/4 SUDU KECIL LAPUR
 1/4 SUDU KECIL GARAM

 CARA CARA :

 1) SATUKAN SEMUA BAHAN
 2) KEMUDIAN TAPIS DAN KACAU  DIATAS API  YANG KECIL
 SAMPAI PEKAT DAN BERKILAT.
 3) PADAMKAN API DAN TUANG ADUNAN DALAM LOYANG DAN SEJUKAN SEBELUM DI POTONG DAN DI HIDANGKAN DENGAN KUAHNYA       


 BAHAN UNTUK KUAH :

 4 CAWAN SANTAN
 1 CAWAN GULA (1/2 GULA PUTIH + 1/2 GULA MERAH )
 GARAM

 CARA CARA :

 1) SATUKAN SEMUA BAHAN, DAN MASAK SAMPAI
 GULA HANCUR DAN SEDIKIT MENDIDIH.
 2) SEJUKAN KAN DAN BOLEH LAH DI HIDANG KAN.

16 November 2011

AIR LEMON BARLI



BAHAN BAHAN :
( RESEPI ASAL DARI MADIHA)
 1 CAWAN BARLI
 2 BIJI LEMON
 GULA SECUKUP RASA
 1.5 LITER AIR( ATAU SECUKUPNYA)

 CARA CARA :

 1) CUCI BARLI SAMPAI BERSIH
 2) KEMUDIAN REBUS BARLI BERSAMA AIR SAMPAI
 BARLI KEMBANG DAN LEMBUT.
 3) BILA DAH LEMBUT MASUKKAN GULA SECUKUP RASA.
 4) BIAR SUAM SEDIKIT BARU MASUKKAN PERAHAN
 LEMON.
5) SIAP UNTUK DIMINUM SEGERA ATAU BOLEH JUGA DICAMPUR
 DENGAN AIS BATU.

03 November 2011

KUIH BINGKA PISANG ( RESEPI :Ma DiHaA)

BAHAN BAHAN :

 10 BIJI PISANG 
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 3/4 CAWAN GULA
 1 CAWAN SANTAN
 1 CAWAN SUSU CAIR
 1 BIJI TELUR
 2 SUDU BUTTER
 SEDIKIT GARAM
 SEDIKIT PEWARNA KUNING ( SAYA TAMBAH)
 SEDIKIT ESEN PISANG ( NI PUN SAYA TAMBAH)

 CARA CARA NYA :
 1) PISANG DILENYEK
 2) BLENDER SEMUA BAHAN.
 3) KEMUDIAN TUANG DALAM MANGKUK YANG BERISI PISANG.
 3) GAUL SAMPAI SEMUANYA SEBATI.
 4) TUANG DALAM LOYANG YANG TELAH DI LENSER DENGAN BUTTER.
 BAKAR PADA SUHU 180 SELAMA 1 JAM ATAU SAMPAI MASAK.

 SELAMAT MENCUBA, RESEPI NI SAYA AMBIL DARI BLOG Ma DiHaA
 TERIMA KASIH BEBANYAK PADA MADIHA KERANA SUDI BERKONGSI RESEPI.
PADA YANG NAK MENCUBA SILAKAN, MEMANG SEDAP,
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim