Pages

28 October 2013

Cream Puff

 

10 October 2013

Kek Kurma

Resepi ini saya ambil dari: CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Terima kasih atas resepi kek yang sedap ini.

 

BAHAN-BAHAN:
200 gm kurma
100 gm kismis
175 gm tepung gandum (ayak)
1 tsp baking powder (ayak)
1/2 tsp soda bicarbonate (ayak)
150 gm butter
125 gm gula halus
3 biji telur
1 tsp asen vanilla
1/2 cawan air (tukar kepada susu segar pun boleh)

CARA-CARA:
1. Buah kurma dibuang bijinya dan direndamkan ke dalam air/susu. Kemudian kukus seketika sehingga kurma lembut. Setelah lembut, keluarkan dari kukusan dan lenyek (tak perlu terlalu hancur)
2. Pukul butter dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur satu per satu dan teruskan memukul hingga kembang.
4. Tambahkan asen vanila.. gaul rata.
5. Masukkan buah kurma yang dilenyek tadi. Kacau rata hingga sebati.
6. Masukkan kismis ke dalam tepung dan kemudian masukkan tepung bersama kismis ke dalam adunan. Gaul dengan spatula hingga sebati.
7. Masukkan adunan ke dalam loyang pembakar yang telah digris, dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 45 minit.

07 October 2013

Slice Cake Ala Red Velvet Dan Slice Cake Ala Snow Cheese Cake

20 August 2013

Tepung Biskut Chocolate Chip

Assalamualaikum...

Ingin Menjana Pendapatan dari rumah?? Membuat Side Income??

Senang sahaja! Dengan BERMODALKAN RM10, anda boleh mendapat UNTUNG yang BERLIPAT KALI GANDA!

Saya ada menjual Tepung Biskut Chocolate Chip, anda cuma perlu tambah Butter + Telur + Esen Vanilla, juga Sedikit Tenaga & Usaha!



Hanya 4 LANGKAH MUDAH (Pukul, Gaul, Simpan & Bakar), dapat MENGHASILKAN BISKUT YANG RANGUP! ENAK! WANGI! KURANG MANIS! AS EASY AS 1-2-3!!

RM10 untuk 350 gm (anggaran 90 - 100 biji) - tidak termasuk kos pos

Rasa lebih kurang seperti FAMOUS AMOS! SEKALI NGAP, PASTI NAK NGAP LAGI!

Untuk sebarang maklumat:
Call / sms saya: 017-2456163 (iza)
Facebook: https://www.facebook.com/izashariza8191
Email: rohaizahrahim@yahoo.com
Atau komen sahaja di ruang bawah.

PENGEDAR DIALU-ALUKAN

(Jika perlu sample biskut, saya akan beri)




18 June 2013

Pau Kacang (Resepi dari DAPUR CT)

BAHAN-BAHAN:
300 gm tepung gandum
2 sudu gula halus
1 sudu teh baking powder
1 sudu makan shortening
1 sudu makan bread improver
2 sudu makan ibu roti
1/2 air suam -atau lebih

CARA-CARA:
1. Satukan tepung gandum, baking powder,shortening dan bread improver. Gaul sebati, ketepikan.
2. Air suam,gula dan ibu roti di satukan, biar kembang.
3. Kemudian tuangkan kedalam adunan tepung tadi sedikit sedikit.
4. Uli sampai jadi doh yang cantik dan licin.
5. Simpan selama 15-20 minit atau sampai naik.
6. Bulat bulatkan adunan dan masukkan inti yang di sukai. (saya buat kacang hijau).
7. Buat sampai habis, rehatkan sebentar, bila nampak dah naik barulah di kukus sampai masak (10-15 minit)

13 May 2013

Pineapple Walnut Carrot Cake With Cream Cheese Dan Moist Chocolate Cake With Chocolate Glaze

Pineapple walnut carrot cake with cream cheese dan moist chocolate cake with chocolate glaz.

 

25 April 2013

Apam Gula Hangus

BAHAN-BAHAN:
A - Buat gula hangus
1 cawan gula
3/4 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu butter
2 sudu susu pekat
1 sudu kecil soda
1/4 sudu  kecil  baking powder

CARA-CARA:
1. Blender telur, susu, minyak dan butter sampai sebati, kemudian masukkan air gula hangus.
2. Blender lagi, akhir sekali masukkan adunan tepung sedikit sedikit sampai semuanya habis.
3. Biarkan adunan selama 3-4 minit. Panaskan kukusan, sapu acuan dengan sedikit minyak.
4. Tuang adunan dalam acuan dan kukus 10- 15 minit.

SELAMAT MENCUBA.

01 February 2013

Aneka Jenis Kuih








Powered by Blogger.

Hasiah Hashim