Pages

30 July 2011

gambar semasa pergi belajar buat kek














14 July 2011

KUIH LAPIS KELADI

BAHAN BAHAN (A)
 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
 1/2 CAWAN GULA
 2 CAWAN SANTAN
 1 SUDU KECIL GARAM

 BAHAN (B)
 1/4 CAWAN AIR
 1 SUDU BESAR PES KELADI
 PEWARNA PURPLE

 BAHAN (C)
 1/2 CAWAN KELADI PARUT
 1/2 CAWAN AIR

 1) GAUL BAHAN (A) DAN TAPIS
 2) BAHAGI ADUNAN PADA 2 BAHAGIAN
 3) MASUKAN BAHAN B DALAM SATU BAHAGIAN
 4) MASUKAN PULA BAHAN C DALAM SATU BAHAGIAN
 5) PANASKAN PERIUK PENGUKUS. LAPIK LOYANG DENGAN PLASTIK
 6) MASUKAN SATU CAWAN ADUNAN B DAN KUKUS SAMPAI MASAK
 7) BILA MASAK TUANGKAN PULA ADUNAN C DAN KUKUS JUGA SAMPAI MASAK
 BUAT SAMPAI SEMUANYA HABIS
 8) SEJUKAN KUIH  TERLEBIH DULU BARU POTONG UNTUK DIHIDANGKAN

 RESEPI ASAL DARI CHEF HANIELIZA. TERIMA KASIH DIATAS
 KESUDIAN BERKONGSI RESEPI

13 July 2011

KEMBUNG SALAI ASAM KELAPA KUKUR


BAHAN BAHAN :
 600 GM IKAN KEMBUNG ( belah belakang
 ( bersihkan dan rendam dalam air asam jawa)
 250 GM KELAPA KUKUR ( x de kukur, beli kelapa yg dah siap di parut)
 9 BIJI BAWANG  MERAH ( hiris halus)
 3 BIJI CILI MERAH ( hiris halus)
 7 BIJI CILI API ( hiris halus)
 1 HELAI DAUN KUNYIT ( hiris halus)
 50 GM UDANG KERING ( kisar halus tanpa menggunakan air)
 80 ML AIR ASAM JAWA
 SERBUK KUNYIT SECUKUPNYA
 GARAM SECUKUP RASA
 GULA SECUKUP RASA

 CARA MEMASAKNYA

 1) MASUKKAN KELAPA. KUKUR KEDALAM BEKAS
 2) KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH, CILI MERAH, CILI API
 DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS TADI.
 3) SELEPAS ITU MASUKKAN UDANG KERING YANG DIKISAR
 BERSAMA SERBUK KUNYIT, GULA DAN GARAM
 4) GAUL RATA  BAHAN BAHAN TERSEBUT SUPAYA RATA
 5) KEMUDIAN AMBIL IKAN KEMBUNG TADI DAN SUMBATKAN
 BAHAN YANG TELAH DIGAUL TADI DARI BELAKANG HINGGA
 KE PERUT IKAN SAMPAI PADAT
 6) SETELAH SELESAI BOLEHLAH DISALAI DIPERMUKAAN API YANG SEDERHANA.
 7) BILA MASAK, BOLEHLAH DIANGKAT DAN DIHIDANGKAN.

10 July 2011

APAM PELANGI



BAHAN BAHAN:
 270 GM TEPUNG GANDUM
 4 BIJI TELUR- GRED C
 220 GM GULA
 3 SUDU BAKING POWDER
 1 SUDU BESAR OVELLETE
 250 ML SANTAN
 1 SUDU VANILA
 SEDIKIT PEWARNA YANG DISUKAI

 CARA CARA  MEMBUAT :

 1) PUKUL TELUR, GULA DAN OVALETTE SAMPAI KEMBANG
 2) KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN VANILA PUKUL SEBATI 
 3) AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG YANG TELAH DIAYAK DENGAN BAKING  POWDER.
 4) PUKUL LAGI SEMUANYA SAMPAI BETUL BETUL SEBATI .
 5) BAHAGI ADUNAN PADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN DENGAN  WARNA
 YANG DISUKAI.
 6) SAPU LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK, CURAHKAN SATU SENDUK
 ADUNAN DARI BAHAGIAN TENGAH MENGIKUT WARNA 
 ADUNAN  BERSELANG  SELI  SAMPAI  HABIS.
 7) DENGAN MENGGUNAKAN LIDI  CORAKKAN MENGIKUT KREATIVITI
 SENDIRI.
 8) AKHIR SEKALI KUKUS LAH SAMPAI MASAK



:
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim