Pages

13 July 2011

KEMBUNG SALAI ASAM KELAPA KUKUR


BAHAN BAHAN :
 600 GM IKAN KEMBUNG ( belah belakang
 ( bersihkan dan rendam dalam air asam jawa)
 250 GM KELAPA KUKUR ( x de kukur, beli kelapa yg dah siap di parut)
 9 BIJI BAWANG  MERAH ( hiris halus)
 3 BIJI CILI MERAH ( hiris halus)
 7 BIJI CILI API ( hiris halus)
 1 HELAI DAUN KUNYIT ( hiris halus)
 50 GM UDANG KERING ( kisar halus tanpa menggunakan air)
 80 ML AIR ASAM JAWA
 SERBUK KUNYIT SECUKUPNYA
 GARAM SECUKUP RASA
 GULA SECUKUP RASA

 CARA MEMASAKNYA

 1) MASUKKAN KELAPA. KUKUR KEDALAM BEKAS
 2) KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH, CILI MERAH, CILI API
 DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS TADI.
 3) SELEPAS ITU MASUKKAN UDANG KERING YANG DIKISAR
 BERSAMA SERBUK KUNYIT, GULA DAN GARAM
 4) GAUL RATA  BAHAN BAHAN TERSEBUT SUPAYA RATA
 5) KEMUDIAN AMBIL IKAN KEMBUNG TADI DAN SUMBATKAN
 BAHAN YANG TELAH DIGAUL TADI DARI BELAKANG HINGGA
 KE PERUT IKAN SAMPAI PADAT
 6) SETELAH SELESAI BOLEHLAH DISALAI DIPERMUKAAN API YANG SEDERHANA.
 7) BILA MASAK, BOLEHLAH DIANGKAT DAN DIHIDANGKAN.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim