Pages

31 August 2011

KeK KuKuS MaSaM MaNiS


BAHAN BAHAN
 300 GM GULA KASTOR
 340 GM MENTEGA
 300 GM BISKUT MARIE -DIKISAR HALUS
 100 GM TEPUNG GANDUM
 4 SUDU SUSU PEKAT MANIS
 8 BIJI TELUR
 SEDIKIT PERISA VANILA
 KEPINGAN ASAM MANIS HAW FLAKES
 SECUKUPNYA
 SEDIKIT PEWARNA HIJAU

 CARA MEMBUATNYA

 1) PUKUL MENTEGA DENGAN GULA HINGGA KEMBANG.
 2) PUTAR PUTIH TELUR DAN KUNING TELUR BERASINGAN
 SAMPAI KEMBANG.
 3) BILA MENTEGA DENGAN GULA SUDAH KEMBANG, MASUKKAN
 KUNING TELUR, GAUL RATA, MASUKKAN PULA PUTIH TELUR, GAUL LAGI SAMPAI SEBATI, MASUKKAN PULA BISKUT MARIE, GAUL LAGI AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG GAUL LAGI SAMPAI SEBATI.
 4) BAHAGI ADUNAN PADA DUA BAHAGIAN.
 5) SATU BAHAGIAN WARNAKAN HIJAU DAN SATU BAHAGIAN WARNA ASAL.
 6) MASUKKAN SATU SENDUK ADUNAN HIJAU DALAM LOYANG 8 X 8
 ATURKAN KEPINGAN ASAM MANIS, KUKUS  SAMPAI MASAK.
 7) BILA DAH MASAK, TUANGKAN SATU SENDUK ADUNAN ASAL,
 RATAKAN, SUSUN ASAM MANIS KUKUS LAGI SAMPAI MASAK.
 8) ULANGI PROSES MELAPIS ADUNAN BERSELANG SELI WARNA
 SERTA KEPINGAN ASAM MANIS SAMPAI HABIS.
 9) BIARKAN SEJUK BARU DIPOTONG

20 August 2011

POPIAH BASAH

BAHAN BAHAN ;
 4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 BIJI PUTIH TELUR
 2 SUDU MAKAN CUKA
 2 SUDU MAKAN MINYAK
 GARAM
 AIR SECUKUPNYA

 1) DALAM SATU BEKAS MASUKKAN TEPUNG GANDUM,
PUTIH TELUR, CUKA, MINYAK DAN GARAM.
 2) GAUL RATA DAN MASUKKAN AIR SEDIKIT SEDIKIT
 ADUNAN DIBANCUH MACAM NAK BUAT JEMPUT JEMPUT.
 3) JANGAN CAIR SANGAT. KEMUDIAN PERAP SELAM 2 ATAU 3 JAM.
 4) PANASKAN KUALI DENGAN API YANG KECIL.
 6) KUALI TAK PAYAH SAPU MINYAK. KEMUDIAN AMBIL SEDIKIT ADUNAN
 DAN BUATLAH KULIT NYA SAMPAI HABIS

 BAHAN UNTUK INTI ( terpulang pada kehendak masing2)
 2 BIJI TELUR
 300 GM SENGKUANG
 300 GM TIMUN
 300 GM LOBAK MERAH
 300 GM KACANG TANAH-( yg dah siap di goreng dan dikisar)
 100 GM CILI KISAR
 100 GM CILI SOS
50 GM KISMIS - KISAR
2 BIJI BAWANG BESAR
 DARAM, GULA DAN PERASA.

 1) PANAS MINYAK TUMIS BAWANG, MASUKKAN TELUR DAN
 KACAU HINGGA HANCUR.
 2) MASUKKAN SENGKUANG, TIMUN, LOBAK MERAH,
 GARAM DAN PERASA, GAUL RATA DAN ANGKAT.

 SOS
 1) KACANG DIKISAR.
 2) PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG, MASUKKAN CILI KISAR
 KACAU RATA, MASUKKAN PULA KISMIS, KACANG TANAH, CILI SOS
 GULA DAN GARAM.
 3) MASAK SAMPAI PEKAT, DAN SEJUKKAN.

 BILA KULIT, INTI DAN SOS SUDAH SIAP,
 AMBIL SEKEPING KULIT POPIAH SAPUKAN SOS
 LETAK INTI DAN GULUNG . BUAT LAH SAMPAI HABIS.
 BOLEH LAH DIHIDANGKAN.
 BAGI YANG TAK RAMAI BUAT LAH SEPARUH ADUNAN.
 INTI BOLEH DI PELBAGAIKAN, BOLEH JUGA LETAK
 BAWANG GORENG DAN UDANG KERING YANG DI SANGAI
 TANPA MINYAK KEMUDIAN KISAR HALUS.
 KEMUDIAN, AMBIL KULIT POPIA,SAPU SOS LETAK INTI
 TABUR BAWANG GORENG DAN UDANG KERING GULUNGLAH
 MACAM BIASA.




14 August 2011

UNTUK PENEMPAHAN APAM DOT-DOT . . !!





Apam Dot-Dot untuk tempahan . . . !!
100biji = RM25
Sebarang maklumat boleh hubungi :-
                             HASIAH HASHIM : 016-3871021
                                               atau emailkan kepada
                              hasiahhashim63@gmail.com

MAKARONI BAKAR


BAHAN BAHAN
 100 GM DAGING CINCANG
 1 BIJI BAWANG BESAR- DI DADU
 2 ULAS BAWANG PUTIH -CINCANG HALUS
 3 BIJI CILI MERAH - HIRIS HALUS
 1 1/2 SUDU SERBUK KARI DAGING
 1 CAWAN MAKARONI -REBUS SAMPAI  LEMBUT TOSKAN
 100 GM CHEESE - PARUT
 GARAM SECUKUP RASA
 BAWANG GORENG UNTUK TABUR
 MINYAK UNTUK MENUMIS

 BAHAN B :
 3 BIJI TELUR - A
 3 SUDU TEPUNG GANDUM
 1 CAWAN SUSU SEGAR

 1) PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH
 2) MASUKKAN SERBUK KARI DAN TAMBAHKAN 2  ATAU 3 SUDU AIR
 3) MASUKKAN DAGING GAUL SAMPAI MASAK
 4) MASUKKAN CILI HIRIS, GARAM DAN MASUKKAN MAKARONI. GAUL RATA
 5) TUANG DALAM LOYANG DAN TABURKAN CHEESE.
 6) SATUKAN BAHAN B, TAPIS DAN TUANG ATAS MAKARONI TADI.
 7) BAKAR PADA SUHU 180 SELAMA 25 - 30 MINIT.
 8) BUKA OVEN TABUR BAWANG GORENG, DAN BAKAR DALAM 3 - 5 MINIT LAGI.

 SELAMAT MENCUBA, RESEPI ASAL DARI BLOG MADIHA.
TERIMA KASIH DAN IZINKAN AKAK BERKONGSI RESEPI INI
 DI BLOG AKAK.
 
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim