Pages

23 June 2011

APAM TEPUNG GANDUM




BAHAN BAHAN :

 4 1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 3/4 CAWAN GULA PASIR
 2 CAWAN AIR
 1/2 CAWAN AIR PANDAN ( SAYA GUNA 3 HELAI DAUN PANDAN)
 1 BUNGKUS YIS SERBUK
 SEDIKIT WARNA HIJAU

 SEDIKIT KELAPA PUTIH DI CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT GARAM
 UNTIK LEBIH TAHAN LAMA KUKUS DAHULU KELAPA INI.

 CARA CARA MEMBUAT :

 1 ) BANCUH YIS DENGAN 1/2 CAWAM AIR DAN BIARKAN IANYA
 KEMBANG .
 2 ) DALAM BEKAS YANG LAIN SATUKAN TEPUNG GANDUM
 DAN GULA, GAUL SAMPAI TEPUNG DAN GULA SEBATI
 2) KEMUDIAN MASUKKAN YIS YANG DAH KEMBANG TADI
 JUGA AIR PANDAN DAN LEBIHAN AIR TADI.
 3) GAUL SAMPAI SEMUANYA BENAR BENAR SEBATI.
 4) SELEPAS ITU SAPUKAN LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK
 DAN TUANGKAN ADUNAN TADI, BIARKAN IANYA NAIK DUA KALI GANDA.
 5) PANASKAN KUKUSAN  DAN KUKUSLAH SAMPAI MASAK


 PETUA DARI KAWAN SAYA UNTUK MENDAPATKAN
 POTONGAN APAM YANG CANTIK, BIARKAN APAM
 BETUL BETUL SEJUK, KEMUDIAN AMBIL PISAU SAPUKAN SEDIKIT MINYAK
 BARULAH DIPOTONG APAM TU.

22 June 2011

TALAM PANDAN


 BAHAN BAHAN
 Untuk Bahagian Bawah :
 
 1 1/2 Cawan Gula Putih
 2 1/4 Cawan Tepung Beras
 1/3 Cawan Tepung Gandum
 5 1/2 Cawan Air Pandan
 Sedikit kapur

 Cara-Cara Membuat :
 1) Panaskan periuk pengukus.
 2) Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sampai semuanya sebati
 3) Selepas itu kacau bahan tersebut diatas api sampai naik wap
 4) Lapik loyang dengan plastik, Tuang adunan tadi kedalam loyang
 5) Kukus sampai masak

 BAHAN BAHAN :
 Untuk Bahagian Bawah :

 1/3 Cawan Tepung Beras
 3 Cawan Santan
 4 Sudu Tepung   Jagung
 Sedikit Garam

 Cara Cara Membuatnya:
 1) Satukan semua bahan sampai sebati
 2) kacuau di atas api sehingga naik wap
 3) kemudian tuangkan keatas adunan bawah yang telah
 dikukus masak tadi, kukuslah sampai masak.
 4) Sejukkan sebelum di potong

 Resepi kuih talam ni memang sedap.....lembut.....gitu
 saya x ingat kat mane saya ambil resepi ini
 Apa apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih pada tuan punya respi
 Harap dapat halal kan ye, dan pada yang nak mencuba silakan
 tak rugi mencubanya. Orang kata kalau nak mencuba, buatlah sedikit dulu.

16 June 2011

PUDING KEK KARAMEL


              

BAHAN BAHAN UNTUK KARAMEL
  60 GM GULA
 1 SUDU BESAR AIR
 2 SUDU BESAR AIR
  CARA CARA :

 1) CAMPURKAN GULA DENGAN 1 SUDU AIR, CAIRKAN SAMPAI GULA MENJADI PERANG
 2) KEMUDIAN TAMBAH LAGI  2 SUDU AIR DAN KACAU SAMPAI SEMUANYA CAIR .
 3) TUANG KEDALAM LOYANG DAN KETEPIKAN SEBENTAR

 BAHAN BAHAN UNTUK PUDING
  4 BIJI TELUR
 500 ML SUSU CAIR
 70 GM GULA
 SEDIKIT VANILA

CARA MEMBUATNYA :
 1) PANASKAN SUSU DENGAN GULA SAMPAI GULA LARUT.
 2) MASUKKAN TELUR DAN VANILA DALAM MANGKUK PUKUL
 SEKADAR SEBATI SAHAJA, KEMUDIAN TUANGKAN SUSU TADI
 DAN KACAU PELAHAN LAHAN JANGAN SAMPAI BERBUIH.
 3) KEMUDIAN TUANG KEDALAM KARAMEL TADI, KETEPIKAN

 BAHAN BAHAN UNTUK KEK :

 70 GM TEPUNG -  AYAK
 60 GM GULA HALUS
 2 BIJI TELUR
 SEDIKIT PEWARNA  OREN DAN PERISA OREN ( SAYA TAMBAH  )
 20 GM MERNTEGA - DICAIRKAN

 1) ASINGKAN PUTIH DAN KUNING TELUR
 2) PUKUL PUTIH TELUR DENGAN SEPARUH GULA  SAMPAI RINGAN
 3) PUKUL JUGA KUNING TELUR DENGAN SEPARUH GULA SAMPAI
 BERKRIM,
 4) KEMUDIAN CAMPURKAN KEDUA  DUA DAN PUKUL SAMPAI
 SEBATI
 5) SELEPAS ITU MASUKKAN TEPUNG, KAUP BALIKKAN
  AKHIR SEKALI MASUKKAN MENTEGA CAIR, KACAU SEBATI
 6) TUANG ADUNAN KEK  PERLAHAN LAHAN KEATAS PUDING TADI
 7) MASUKKAN AIR SUAM KEDALAM  DULANG OVEN
 8) BAKAR SELAMA 40 MINIT PADA SUHU 170 -180 D
 9) SEJUKKAN DAHULU SEBELUM DI TERBALIKKAN KEK
 PUDING KARAMEL

 RESEPI ASAL DARI YANI, TQVM YANI DI ATAS RESEPI INI.

07 June 2011

CENDOL



BAHAN BAHAN
2 1/2 CAWAN TEPUNG BERAS
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
6 GELAS AIR
4 HELAI DAUN PANDAN- BLENDER DENGAN SEDIKIT AIR
1/2 SUDU KAPUR - BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

CARA MEMBUAT :
1) SATUKAN SEMUA BAHAN DAN TAPIS.
2) KEMUDIAN KACAU ATAS API YANG PERLAHAN SEHINGGA PEKAT DAN BERKILAT.
3) PADAMKAN API DAN AMBIL SEDIKIT ADUNAN. MASUKKAN KEDALAM ACUAN CENDOL DAN TEKAN KE DALAM BESEN YANG BERISI AIR SEJUK. BUAT SAMPAI SEMUANYA HABIS.

( Sy tak ade acuan cendol, jd sy guna acuan maruku )

AMBIL DR BLOG cek de sam

04 June 2011

DENDENG MANIS BERLADA



BAHAN BAHAN :
 500 gm daging -rebus dan hiris nipis nipis
3 sudu makan cili kisar 
 3 sudu makan minyak sapi
 *2 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar 
* 2 cm halia
* 2 batang serai
 2 sudu makan kerisik
 2 sudu makan jem strawberi
 1 helai daun kunyit -hiris halus
 1 helai daun limau purut
 50 ml santan
 Sedikit garam
 Sedikit serbuk kunyit

 CARA MEMASAK
 1) Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam
 2) Panaskan minyak sapi dan goreng daging hingga garing, ketepikan
 3) Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan kisar sampai  wangi
 4) Masukkan kerisik,jem, daun kunyit ,daun limau purut ,santan dan garam
 kacau rata dan kering
 5) Masukkan daging dan kaup balikkan hingga rata dan bolehlah di hidangkan

 BAHAN BERTANDA* ADALAH BAHAN UNTUK DIKISAR

01 June 2011

KEK PISANG

250 gm mentega
200 gm gula castor
5 biji telur Gred C
4 sudu besar susu segar
2 sudu kecil esen vanila
300 gm pisang emas (yg masak ranum - dilecek halus) (kita pulak - pisang berangan)
340 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat

Putar mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu demi satu. Putar hingga sebati. Masukkan susu dan esen vanila. Seterusnya masukkan pisang. Hentikan mixer. Kemudian masukkan tepung dan soda yang telah diayak dan dikaup balikkan ke dalam adunan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 180'C.


Powered by Blogger.

Hasiah Hashim