Pages

29 April 2011

KEK GULA HANGUS

KEK ALUNAN KASIH

 
BAHAN-BAHAN:-
5 BIJI TELUR
2 1/2 CAWAN TEPUNG  ( AYAK )
3 SUDU BAKING POWDER ( AYAK BERSAMA )
2 CAWAN GULA GULA HALUS (MADIHA GUNA 1 1/2 CAWAN)
1/2 CAWAN SUSU CAIR
1 SUDU VANILA
250 GM BUTTER
SERBUK KOKO SECUKUPNYA
PEWARNA IKUT CITARASA

(CARA  CARA)
1) GULA DAN BUTTER DIPUKUL HINGGA KEMBANG.
2) MASUKKAN TELUR SEBIJI SEBIJI
3 ) PUKUL LAGI SAMPAI KEMBANG, MASUKKAN VANILA DAN SUSU CAIR.
4 ) GAUL SEBATI DAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT SEDIKIT
5 ) PUKUL LAGI SAMPAI SEBATI DAN BAHAGI  2 BAHAGIAN.
6) SAYA GUNA PINK DAN HIJAU, MASUKKAN ADUNAN  HIJAU. RATAKAN
AYAK SERBUK KOKO MENUTUPI ADUNAN HIJAU
7 ) MASUKKAN PULA ADUNAN  PINK RATAKAN ,AYAK SERBUK KOKO 
8) KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN HIJAU DAN RATAKAN
9 ) BAKAR PADA SUHU 170- 180C, SELAMA40-45 MINIT

 RESEPI ASAL DARI MADIHA.

28 April 2011

TALAM UBI KAYU

BAHAN BAHAN :

 1 KG UBI KAYU
 2 CAWAN AIR
 1 CAWAN GULA MERAH
 1 CAWAN GULA PASIR

 BAHAGIAN ATAS
 3/ 4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 3/4 CAWAN TEPUNG BERAS
 4 1/2 CAWAN SANTAN - DARI SEBIJI KELAPA
 1 SUDU KECIL GARAM

 CARA CARA :
 1) PANASKAN KUKUSAN
 2) UBI KAYU BUANG KULIT, BERSIHKAN DAN BLENDER DENGAN
 1 CAWAN AIR, KEMUDIAN TAPISKAN
 3) SATUKAN AIR, GULA MERAH DAN GULA PASIR, MASAK
 SAMPAI MENDIDIH DAN TAPIS, SEJUKAN.
 4) KEMUDIAN SATUKAN AIR GULA TADI DENGAN UBI KAYU
 YANG DI BLENDER.
 5) GAUL SEBATI DAN KUKUS SELAMA 20 MINIY ATAU SAMPAI MASAK.
 6) SATUKAN BAHAN ATAS DAN TAPIS. KACAU SEKEJAP ATAS API
 ( SEHINGGA NAIK WAP)
 7) BILA ADUNAN UBI KAYU TADI DAH MASAK, CAKAR DENGAN GARPU
 DAN TUANGKAN BAHAGIAN ATAS PELAHAN LAHAN.
 8) KUKUS LAGI SELAMA 20 MINIT ATAU SEHINGGA MASAK.
 9) SEJUKAN SEBELUM DI POTONG.

 RESEPI ASAL GUNA GULA PUTIH DAN GULA MERAH.
 TAPI SAYA GUNA GULA PUTIH SEPENUHNYA, DAN SAYA
 MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING, UNTUK MENDAPATKAN
 WARNA YANG CANTIK.
 RESEPI ASAL OLEH SOFINAR DI MY RESEPI.
 TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI  RESEPI.

17 April 2011

ROTI CANAI












BAHAN BAHAN :
 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 CAWAN AIR
 2 SUDU SUSU PEKAT
 1 SUDU KECIL GARAM
 1 BIJI TELUR ( DIPUKUL SEDIKIT DENGAN GARPU)
 1 SUDU MARJERIN

 CARA CARA MEMBUAT :
 1) SATUKKAN TEPUNG, TELUR DAN MARJERIN
 2) AIR, GARAM DAN SUSU PEKAT DISATUKAN
 3) KACAU SAMPAI SEMUANYA SEBATI
 4) MASUKKAN AIR SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMBIL DIULI
 5) JANGAN HABISKAN AIR ( SAYA TINGGALKAN AIR DALAM 10 SUDU)
 6) ULI SAMPAI ADUNAN LICIN DAN TAK MELEKAT PADA TANGAN.
 7)  KEMUDIAN BULAT BULATKAN ADUNAN SEBESAR YANG DIKEHENDAKI.
 8) SAPUKAN ADUNAN DENGAN MAJERIN DAM SIMPAN SELAMA 8 JAM
 ( SAYA ULI MALAM, BESOK PAGI BARU TEBAR)
 9) AMBIL SEDIKIT MINYAK LETAK DALAM DULANG ( ATAU TUTUP PERIUK
 (YANG BESAR)
 10) LETAK ADUNAN DAN LEPERKAN DENGAN TAPAK TANGAN
 11) KEMUDIAN TEBAR LAH ADUNAN SAMPAI NIPIS, DAN LIPAT
 MENJADI EMPAT SEGI ATAU BULAT DAN GORENGLAH SAMPAI MASAK.

 SAYA BUAT 2 ADUNAN SEBAB 1 ADUNAN SAYA DAPAT 11 BIJI
KAT UMAH ADE 6 ORANG, ANAK ANAK PULA KUAT MAKAN
 TAK CUKUP 1 ADUNAN.
 UNTUK MENDAPATKAN ROTI CANAI YANG LEMBUT,
 ULI KENALAH LAMA SEDIKIT....

16 April 2011

BELAJAR BUAT APAM PELANGI HARMONY DAN APAM RED VELVET/ DOT2/ BLOSSOM












INI GAMBAR SEMASA MENGHADIRI KELAS MEMBUAT APAM
 PELANGI HARMONY DAN APAM RED VELVET/ DOT2/ BLOSSOM
 PADA HARI SABTU 16 HB APRIL DI IDA BEKERI
 TERIMA KASIH PADA CIKGU IDA KERANA SUDI MENGAJAR KAMI
 SERTA TUNJUK AJAR DAN PETUA PETUA YANG BERGUNA
 UNTUK  KAMI. TERIMA KASIH..... MINTA HALALKAN GAMBAR NI
 SAYA COPY AJE DARI BLOG CIKGU IDA.

13 April 2011

APAM BUNGA

BAHAN BAHAN -
 3 BIJI TELUR
 1/2 CAWAN GULA
 3 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 SUDU BESAR OVELETTE
 1 SUDU ESEN PANDAN ( VANILA)
 1 CAWAN AIS CREAM SODA
 PEWARNA IKUT SUKA

 CARA CARA -
 PUTAR TELUR DENGAN GULA SAMPAI KEMBANG.
 MASUKKAN ESEN PANDAN ATAU VANILA
 MASUKKAN OVELETTE, PUKUL LAGI SAMPAI RINGAN
 DAN PUTIH, KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT SEDIKIT DISELANG SELIKAN DENGAN AIS CREAM SODA, GAUL SAMPAI SEMUA NYA SEBATI.
BAHAGI PADA BEBERAPA BAHAGIAN DAN WARNAKAN
 PANASKAN AIR DALAM PERIUK PENGUKUS. BILA DAH PANAS
 MASUKKAN ADUNAN TADI DALAM ACUAN  DAN KUKUS SELAMA 10 MINIT .

10 April 2011

BUBUR TEPUNG PULUT


BAHAN BAHAN :

 3 CAWAN TEPUNG PULUT
 1 1/2 CAWAN AIR
 SEDIKIT AIR KAPUR

 BAHAN UNTUK KUAH :
 1/2 KOTAK SANTAN PEKAT
 2 CAWAN AIR
 1/2 CAWAN GULA PUTIH
 1 HELAI DAUN PANDAN
 1/2 CAWAN SAGU - DIRENDAM HINGGA KEMBANG
 SEDIKIT GARAM

 CARA MEMBUAT :
 BANCUH TEPUNG PULUT DENGAN AIR YANG TELAH DICAMPUR
 DENGAN SEDIKIT KAPUR.
 GAUL SAMPAI SEBATI, KEMUDIAN BAHAGIKAN PADA
 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN DENGAN WARNA YANG
 DI SUKAI.
 PANASKAN AIR SAMPAI MENDIDIH, BULAT BULATKAN ADUNAN
 DAN LEPERKAN SEDIKIT KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TADI
 KEDALAM AIR MENDIDIH DAN BIAR TIMBUL ANGKAT. BUAT SAMPAI HABIS KESEMUA ADUNAN.
 MASUKKAN KEDALAM KUAH SANTAN .

 CARA MEMBUAT KUAH :
 MASUKKAN AIR, DAUN PANDAN, GULA  KE DALAM PERIUK.
 BILA MENDIDIH  MASUKKAN SAGU DAN MASAK SAMPAI SAGU
NAMPAK JERNIH. KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN SEDIKIT GARAM.
AKHIR SEKALI MASUKKAN ADUNAN TEPUNG PULUT TADI.
.
 DAH SIAP DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN....
SAYA TAK TAHU APE NAMA BUBUR INI
 RESEPI INI SAYA BELAJAR DARI ARWAH EMAK SEMASA SAYA
 MASIH MENUNTUT DISEKOLAH MENENGAH
 .

08 April 2011

SOTONG SIANTAN

BAHAN BAHAN :
 1 KG SOTONG - DIBERSIHKAN
 10 TANGKAI CILI KERING - DIKISAR
 6 BAWANG BESAR - DIKISAR
 3 INCI HALIA - DIKISAR
 3 INCI LENGKUAS - DIKETUK
 6 HELAI DAUN LIMAU PURUT
 4 HELAI DAUN KUNYIT - DI MAYANG HALUS
 MINYAK UNTUK MENUMIS
 AIR ASAM JIKA SUKA
 3 KUNTUM BUNGA KANTAN - DIBELAH DUA
 GARAM
 SERBUK PERASA

 CARA CARA :
 PANASKAN MINYAK, TUMIS  LENGKUAS DI IKUTI BAHAN KISAR
 MASAK SAMPAI WANGI.
 MASUKKAN SOTONG, DIIKUTI DAUN LIMAU PURUT, BUNGA KANTAN DAN DAUN KUNYIT.
 APABILA HAMPIR MASAK, MASUKKAN AIR ASAM JAWA.
 SUAIKAN RASA

 SELAMAT MENCUBA......

04 April 2011

PUDING BETIK

BAHAN BAHAN
 450 GM PURI BETIK -DARI BUAH BETIK YANG SUDAH DI KISAR
350 GM BUAH BETIK  - DI POTONG DADU
 200 GM GULA PASIR
 15 GM AGAR AGAR
 1 LITER AIR

 CARA MEMBUAT ;
 1) MASAK AIR DAN GULA HINGGA MENDIDIH
 2) MASUKKAN   AGAR AGAR DAN MASAK SAMPAI AGAR AGAR LARUT
 3) KEMUDIAN MASUKKAN PURI BETIK DAN KACAU RATA
 4) ATUR BETIK KIUB DALAM BEKAS DAN TUANG AGAR AGAR. BIAR SEJUK DAN KERAS.

 SEJUKKAN DALAM PETI  AIS BARU SEDAP DIMAKAN.
 GUNAKAN BETIK YANG BETUL BETUL DAH MASAK RANUM BARU SEDAP
 SELAMAT MENCUBA.....
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim