Pages

10 April 2011

BUBUR TEPUNG PULUT


BAHAN BAHAN :

 3 CAWAN TEPUNG PULUT
 1 1/2 CAWAN AIR
 SEDIKIT AIR KAPUR

 BAHAN UNTUK KUAH :
 1/2 KOTAK SANTAN PEKAT
 2 CAWAN AIR
 1/2 CAWAN GULA PUTIH
 1 HELAI DAUN PANDAN
 1/2 CAWAN SAGU - DIRENDAM HINGGA KEMBANG
 SEDIKIT GARAM

 CARA MEMBUAT :
 BANCUH TEPUNG PULUT DENGAN AIR YANG TELAH DICAMPUR
 DENGAN SEDIKIT KAPUR.
 GAUL SAMPAI SEBATI, KEMUDIAN BAHAGIKAN PADA
 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN DENGAN WARNA YANG
 DI SUKAI.
 PANASKAN AIR SAMPAI MENDIDIH, BULAT BULATKAN ADUNAN
 DAN LEPERKAN SEDIKIT KEMUDIAN MASUKKAN ADUNAN TADI
 KEDALAM AIR MENDIDIH DAN BIAR TIMBUL ANGKAT. BUAT SAMPAI HABIS KESEMUA ADUNAN.
 MASUKKAN KEDALAM KUAH SANTAN .

 CARA MEMBUAT KUAH :
 MASUKKAN AIR, DAUN PANDAN, GULA  KE DALAM PERIUK.
 BILA MENDIDIH  MASUKKAN SAGU DAN MASAK SAMPAI SAGU
NAMPAK JERNIH. KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN SEDIKIT GARAM.
AKHIR SEKALI MASUKKAN ADUNAN TEPUNG PULUT TADI.
.
 DAH SIAP DAN BOLEHLAH DIHIDANGKAN....
SAYA TAK TAHU APE NAMA BUBUR INI
 RESEPI INI SAYA BELAJAR DARI ARWAH EMAK SEMASA SAYA
 MASIH MENUNTUT DISEKOLAH MENENGAH
 .

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim