Pages

31 March 2011

KARIPAP DAGING / AYAM

BAHAN BAHAN

250 GM TEPUNG
2 SUDU MARJERIN
2 SUDU MINYAK
1/2 CAWAN AIR
 SEDIKIT GARAM

CARA CARA
  1. PANASKAN MINYAK DAN MERJERIN
  2. BILA DAH PANAS MASUKKAN KE DALAM TEPUNG
  3.  GAUL SEBATI DENGAN TEPUNG, KEMUDIAN MASUKAN
  4. AIR YANG TELAH DIBANCUH DENGAN SEDIKIT GARAM
  5.  MASUKANKAN SEDIKIT SEDIKIT AIR SAMBIL
  6.  DI GAUL DAN DIULI SAMPAI MENJADI DOH
CARA MEMBUAT INTI

150 GM ISI DAGING / AYAM
 4 BIJI KENTANG
 3 SUDU REMPAHKARI DAGING
 3 ULAS BAWANG PUTIH - KISAR
 5 ULAS BAWANG MERAH-KISAR
 1 BIJI BAWANG BESAR- DIPOTONG DADU
 SEDIKIT GULA
 SEDIKIT GARAM
 AIR SECUKUPNYA
 4 SUDU MINYAK MASAK
 2 TANGKAI DAUN KARI

 CARA CARA
 PANASKAN MINYAK DALAM KUALI, TUMISBAWANG YANG DIKISAR.
 MASUKKAN REMPAH YANG  KARI YANG DIBANCUH DENGAN
 SEDIKIT AIR, BIAR GARING. MASUKKAN DAGING/ AYAM GULA, GARAM
BAWANG BESAR, KENTANG DAN AIR SECUKUPNYA.
 MASAK HINGGA UBI KENTANG EMPUK DAN KUAHNYA KERING.
 SEJUKAN INTI SEBELUM  DIGUNAKAN.

 CARA MEMBUAT KARIPAP

 AMBIL DOH KARIPAP TADI DAN GELEK PADA KETEBALAN
 YANG DIKEHENDAKI ( JANGAN NIPIS SANGAT DAN JANGAN TEBAL SANGAT)
  KEMUDIAN LETAKKAN INTI , LIPAT DUA DAN KELIM DITEPINYA
 BUAT SAMPAI SEMUANYA HABIS, GORENG DALAM MINYAK
 YANG PENUH HINGGA KEKUNINGAN.

26 March 2011

KARI AYAM


BAHAN BAHAN
 5OO GM DAGING AYAM -BERSIHKAN
 300 ML MINYAK
 1 BIJI BAWANG BESAR - HIRIS NIPIS
 2 TANGKAI DAUN KARI
 1 BIJI TOMATO -BELAH 4
 4 ULAS BAWANG PUTIH- KISAR
 1 INCI HALIA - KISAR
 4 BIJI KENTANG -DADU
 75 GM SERBUK KARI DAGING
 1 BUNGKUS BAHAN PENUMIS
 900 ML AIR
2 TANGKAI DAUN KARI
 GARAM SECUKUPNYA

 CARA CARA MEMBUATNYA
   1) PANASKAN MINYAK TUMIS BAHAN PENUMIS SAMPAI NAIK WANGI
   2) KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BESAR,DAUN KARI DAN TOMATO YANG DIDADU.
   3) GAUL SEKEJAP, MASUKKAN AYAM, BAWANG PUTIH DAN HALIA YANG DIKISAR
   GAUL LAGI, SELEPAS ITU MASUKKAN 900 ML AIR DAN GARAM
  4) TUTUP PERIUK DAN BIAR SELAMA 10 MINIT, MASUKKAN SERBUK KARI DAN
  KENTANG. BIAR MASAK SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA KENTANG MASAK.
  5) JIKA SUKA BOLEH MASUKKAN 20 GM BUAH GAJUS YANG DI
  KISAR DENGAN SEDIKIT AIR., KECILKAN API DAN BIARKAN SELAMA 5 MINIT
 LAGI. KARI AYAM SEDIA DIHIDANGKAN.


 SELAMAT MENCUBA.....

21 March 2011

KUIH CUCUR



BAHAN BAHAN :
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 CAWAN TEPUNG BERAS ( SAYA GUNA CAP GAJAH)
 1/2 CAWAN GULA MERAH
 1/2 CAWAN GULA PUTIH
 1 CAWAN AIR
MINYAK MASAK

 CARA MEMESAKNYA :
 1) TEPUNG BERAS DAN TEPUNG GANDUM DI GAUL RATA
 2) KEMUDIAN  MASUKKAN  GULA MERAH DAN GULA PUTIH
 3) MASUKKAN PULA AIR, KACAU SAMPAI GULA MERAH
 DAN GULA PUTIH HANCUR.
4) TAPISKAN ADUNAN DAN PERAP SEMALAMAN
 5) PANASKAN MINYAK DI DALAM KUALI, AMBIL
 ADUNAN TADI LEBIH KURANG 1/2 SENDUK DAN TUANGKAN DI DALAM KUALI
 6) SETELAH BEWARNA COKLAT DAN MASAK ANGKAT DAN TOSKAN

1 ADUNAN BOLEH MENGHASILKAN LEBIH KURANG 10 KEPING KUIH
 GUNAKAN KUALI YANG KECIL DAN SEDIKIT DALAM UNTUK
 MENDAPATKAN BENTUK YANG CANTIK
KUIH YANG MENJADI APABILA  DI POTONG  DI DALAMNYA  AKAN
 BERLUBANG LUBANG SEDIKIT SEPERTI GAMBAR DIATAS.

19 March 2011

LAKSAM

BAHAN BAHAN
 250 GM TEPUNG BERAS
 80 GM TEPUNG GANDUM
 2 SUDU TEPUNG UBI
SEDIKIT GARAM
 4 1/2 CAWAN AIR

 CARA CARA MEMBUAT :
 1) PANASKAN KUKUSAN
 2) SATUKAN KESEMUA BAHAN DAN KACAU SAMPAI SEBATI
 3) AMBIL TUTUP PERIUK ATAU LOYANG, SAPU SEDIKIT MINYAK
 5) PANASKAN LOYANG ATAU TUTUP PERIUK SELAMA 20 SAAT.
 6) KEMUDIAN TUANGKAN SATU SENDUK ADUNAN TEPUNG
 KE DALAM LOYANG DAN TUTUP SEMULA TUDUNG  PERIUK.
 7) KUKUS SELAMA 10 MINIT( LAKSAM YANG SUDAH MASAK AKAN MENGGELEMBUNG DI ATAS LOYANG)
 8) KELUARKAN LAKSAM DAN BIARKAN SEHINGGA SEJUK BARU DIGULUNG DAN
 DI POTONG (JANGAN DIGULUNG KETIKA MASIH PANAS UNTUK MENGELAKAN
 LAKSAM PECAH DAN CEPAT BASI )

 BAHAN KUAH :

 SAYA TIDAK SERTAKAN. SILA CARI KAT RESEPI LAKSA BERKUAH LAKSAM.
 RESEPI INI SAYA BELAJAR DARI PUAN NORAZLINA NORDIN

18 March 2011

Carta ringkas sukatan imperial dan juga metrik

1 oz = 25 gm
9 oz = 250 gm
16oz (1 lb) = 450 gm
2 lb 4 oz = 1 kg
1 cawan mentega = 250 gm
1 cawan gula = 250 gm
1 cawan tepung = 125 gm
2 cawan tepung = 250 gm
1 camca kecil/teh = 5 gm

15 March 2011

KUIH KETAYAP/ DADAR

 BAHAN BAHAN :
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 BIJI TELUR
 3 HELAI DAUN PANDAN- DI BLENDER DENGAN SEDIKIT AIR
 1 1/2 CAWAN SANTAN
 1 SUDU BESAR MAJERIN DI CAIRKAN
 SEDIKIT GARAM
 SEDIKIT PEWARNA HIJAU

 BAHAN UNTUK INTI :
 1/2 BIJI KELAPA
 1/2 CAWAN GULA MERAH ( IKUT MANIS )
  SEDIKIT AIR
 1 SUDU TEPUNG JAGUNG
 1 HELAI DAUN PANDAN

 CARA CARA :
 UNTUK MEMBUAT INTI :
 1)  MASAK GULA MERAH , AIR DAN DAUN PANDAN SAMPAI GULA HANCUR
 2) KEMUDIAN MASUKAN KELAPA GAUL SAMPAI SEMUANYA SEBATI
 DAN MASUKAN PULA TEPUNG JAGUNG, KACAU SAMPAI PEKAT SEDIKIT, KETEPIKAN
 3) KEMUDIAN SATUKAN KESEMUA  A , KACAU SAMPAI SEBATI, KEMUDIAN TAPIS ATAU BLENDER.
 4) PANASKAN KUALI DAN SAPUKAN SEDIKIT MINYAK
 BILA KUALI DAH PANAS, MASUKAN 1/2 SENDUK ADUNAN
 DAN DADARKAN SAMPAI MASAK
 5) BILA DAH MASAK ANGKAT, LETAKKAN INTI DAN GULUNG.
 6) BOLEHLAH DIHIDANGKAN.

 SELAMAT MENCUBA .....

11 March 2011

TALAM KELADI


BAHAN BAHAN A:
 300 ml santan
 65 gm   tepung beras
 1 camca teh tepung gandum
 100 gm keladi / potong kuib kukus 3/4 masak
 55 gm gula halus
1/4 camca teh garam

 BAHAN BAHAN B:
 100 ml santan
 60-70 gm gula halus
 2 camca besar tepung beras
 20 gm tepung jagung
 1 biji telur - pukul sedikit
 secubit garam
 pewarna ungu
 1/2 camca teh perisa keladi

 CARA MEMBUATNYA :
 1) Panaskan kukusan Sapu minyak pada loyang berukuran 8 inci
2) Satukan bahan A kecuali keladi, kacau rata dan tapis
masukkan keladi gaul rata, tuang dalam loyang kukus sampai masak
 3) Satukan bahan B kacau rata tapis. Tuang atas adunan A kukus lagi sampai masak
 4)Sejukkan sebelum dipotong

 RESEPI KUIH TALAM KELADI INI SAYA
 AMBIL DARI BLOG CIK MAT GEBU.
 HARAP CIK MAT X MARAH YE SEBAB SAYA
 MASUKKAN RESEPI CIK MAT KAT BLOG SAYA .
 TERIMA KASIH BANYAK BANYAK PADA CIK MAT

07 March 2011

DADIH


BAHAN BAHAN:
 450 gm coffeemate
 2 cawan gula ( atau ikut manis sendiri )
 1 tin susu cair
 10 gm konnyaku jelly ( tanpa perisa )
 2 botol air ( guna botol air mineral 1.5 liter )
 Perasa yang disukai ( saya guna cappucino )

CARA CARA:
1. Masukkan air dalam periuk, masukkan konnyaku jelly.
2. Masak semua sampai larut, masukkan gula pasir. Biar sampai mendidih.
3. Masukkan susu cair, coffeemate dan perasa yang disukai.
4. Masak dengan api yang kecil sampai mendidih dan nampak agak pekat sedikit.
5. Padamkan api dan masukkan dadih tadi ke dalam cup yang kecil-kecil. Sejukkan.

 Sukatan air jangan terlalu penuh.

 RESEPI INI DIAJAR OLEH CIKGU ROSINAH MAT ISA
 CIKGU KELAS MASAKAN KAMI ( KEMAS )

06 March 2011

kEK COKLAT KUKUS


BAHAN BAHAN:
 1 CAWAN GULA
 1 TIN SUSU CAIR
 1/2 CAWAN SUSU PEKAT MANIS
 1 CAWAN SERBUK KOKO
 1 CAWAN MINYAK MASAK

 CARA CARA:
 SATUKAN SEMUA BAHAN DAN KACAU ATAS API
 SEHINGGA SEMUANYA SEBATI DAN GULA HANCUR
 SEJUKKAN.

 1  1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1 SUDU KECIL SODA
 1 SUDU BESAR BAKING POWDER
 4 BIJI TELUR

 CARA CARA:
 TEPUNG ,BAKING POWDER DAN SODA DI AYAK BERSAMA
 KETEPIKAN. PUKUL TELUR SAMPAI KEMBANG KEMUDIAN
 MASUKKAN ADUNAN YANG DI MASAK DAN DI SEJUKKAN TADI
 SEDIKIT SEDIKIT DISELANG SELIKAN DENGAN TEPUNG .
 PUKUL LAGI AGAR  SEMUANYA SEBATI.
 PANASKAN KUKUSAN DAN KUKUSLAH SAMPAI MASAK.
 JIKA GUNA ACUAN YANG KECIL MACAM SAYA KUKUS SELAMA 10
 MINIT,
 
 RESEPI  INI SAYA BELAJAR MASA KAT KELAS MASAKKAN
 DI MELAWATI.. TERIMA KASIH PADA PUAN YANG
 SUDI MENGAJARKAN.
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim