BAHAN BAHAN
5OO GM DAGING AYAM -BERSIHKAN
300 ML MINYAK
1 BIJI BAWANG BESAR - HIRIS NIPIS
2 TANGKAI DAUN KARI
1 BIJI TOMATO -BELAH 4
4 ULAS BAWANG PUTIH- KISAR
1 INCI HALIA - KISAR
4 BIJI KENTANG -DADU
75 GM SERBUK KARI DAGING
1 BUNGKUS BAHAN PENUMIS
900 ML AIR
2 TANGKAI DAUN KARI
GARAM SECUKUPNYA
CARA CARA MEMBUATNYA
1) PANASKAN MINYAK TUMIS BAHAN PENUMIS SAMPAI NAIK WANGI
2) KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG BESAR,DAUN KARI DAN TOMATO YANG DIDADU.
3) GAUL SEKEJAP, MASUKKAN AYAM, BAWANG PUTIH DAN HALIA YANG DIKISAR
GAUL LAGI, SELEPAS ITU MASUKKAN 900 ML AIR DAN GARAM
4) TUTUP PERIUK DAN BIAR SELAMA 10 MINIT, MASUKKAN SERBUK KARI DAN
KENTANG. BIAR MASAK SELAMA 15 MINIT ATAU HINGGA KENTANG MASAK.
5) JIKA SUKA BOLEH MASUKKAN 20 GM BUAH GAJUS YANG DI
KISAR DENGAN SEDIKIT AIR., KECILKAN API DAN BIARKAN SELAMA 5 MINIT
LAGI. KARI AYAM SEDIA DIHIDANGKAN.
SELAMAT MENCUBA.....
0 comments:
Post a Comment