Pages

28 February 2011

PUDING PELANGI

 
BAHAN BAHAN:
 2 BUNGKUS SERBUK AGAR AGAR( 26 GM)
 1300 LITER AIR
 450 GM GULA
 135 GM MENTEGA
 8 BIJI TELUR GRED B
 1 TIN SUSU CAIR
 2 SUDU MAKAN TEPUNG CASTARD
 1 SUDU TEH VANILA
 PEWARNA YANG DISUKAI

 CARA CARA:
 1) AGAR AGAR, AIR, GULA DIMASAK HINGGA SEMUANYA HANCUR
 KETEPIKAN
 2) TELUR DIPUKUL KEMBANG  MASUKKAN SUSU DAN TEPUNG
 CUSTER KACAU SEBATI DAN TAPIS.
 3) KEMUDIAN MASUKKAN  KE DALAM AGAR AGAR TADI.
 4) KACAU SAMPAI MENDIDIH DAN AGAK PEKAT SEDIKIT.
 5) MASUKKAN MENTEGA DAN VANILA.
 6) PADAMKAN API DAN BAHAGI PADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN
 MENGIKUT PILIHAN.
 7) KEMUDIAN DENGAN MENGGUNAKAN CAWAN , TUANGKAN SATU
 CAWAN ADUNAN DITENGAH TENGAH LOYANG,
 8) DI IKUTI DENGAN ADUNAN KE DUA DIATAS ADUNAN PERTAMA
DAN ADUNAN KE TIGA DI ATAS ADUNAN KE DUA
 9) BUATLAH SAMPAI SEMUANYA HABIS DAN SEJUKKAN.

21 February 2011

ASAM PEDAS MELAKA

BAHAN- BAHAN
 3 ekor ikan kembung - disiang dan di bersihkan
 3 ulas bawang merah
 2 ulas bqwang putih
 2 cm halia
 10 biji cili kering
 3 cm belacan
 2 cm kunyi hidup
 2 sudu besar lada hitam
 2 batang serai - diketuk
 1 sudu teh halba
 daun kesum
 bunga kantan
 air asam jawa secukupnya
 garam dan gula

 CARA CARA
 1) Bawang merah, bawang putih ,halia, cili kering, belacan, lada hitam dan
 kunyit hidup diblender halus.
 2) Panaskan minyak tumis halba, masukkan bahan blender dan juga serai
 3) Masak sampai garing dan pecah minyak.
 4) Masukkan air asam secukupnya.
 5) Masukkan ikan garam dan gula. Masukkan juga
 bunga kantan  dan daun kesum.
 6) Masak sampai pekat, dan bolehlah dihidangkan.

 (Sekiranya suka boleh masukkan terung atau kacang bendi)
 ( Saya masukkan timun sebab timun aje yang ade dalam peti ais)


,

20 February 2011

LAKSA BERKUAH LAKSAM


BAHAN-BAHAN

 UNTUK KUAH
4 EKOR IKAN SARDIN ATAU IKAN KEMBUNG
 (DI REBUS DAN DI BUANG TULANG)
 5 ULAS BAWANG MERAH
 SEDIKIT HALIA
 1 BUNGKUS KECIL LADA HITAM(50 SEN)
 3 KEPING ASAM GELUGUR
 2 BATANG SERAI -DIKETUK
 AIR SECUKUPNYA
 GULA DAN GARAM
 (SAYA MASUKKAN SEDIKIT AJE SANTAN)
 (UNTUK MENAIKKAN RASA LEMAK)
 (JIKA TAK SUKA TAK PAYAH MASUK)

 BAHAN-BAHAN UNTUK ULAM
 5 TANGKAI KACANG PANJANG -POTONG HALUS
 1 BIJI TIMUN- POTONG  HALUS MEMANJANG
 SEDIKIT TAUGEH
 1 BIJI BAWANG BESAR -POTONG NIPIS BULAT BULAT
 4 BIJI LIMAU KASTURI -BELAH 4
DAUN KESUM - DIHIRIS HALUS HALUS
 SAMBAL BELACAN SECUKUPNYA
1 BUNGKUS LAKSA ( DIRENDAM DAN DIREBUS HINGGA LEMBUT)

 CARA MENYEDIAKAN KUAHNYA
 1)  ISI IKAN DIBLENDER KEMUDIAN DICAMPURKAN DENGAN SEMUA BAHAN
 2) MASAK SAMPAI MENDIDIH( SEPERTI KITA MASAK KUAH LAKSA) SETELAH MENDIDIH ANGKAT DAN BOLEH DI HIDANGKAN

CARA CARA MENGHIDANG, MASUKKAN LAKSAM KE DALAM PINGGAN
 KEMUDIAN TABUR KACANG PANJANG, TIMUN, TAUGEH, DAUN KESUM,
 BAWANG BESAR DAN LIMAU KASTURI DAN AMBIL
 SEDIKIT SAMBAL BELACAN, TUANG KUAH DAN HIDANGKAN

SERABAI


BAHAN-BAHAN
 1 bungkus tepung beras( SAYA GUNA CAP TERATAI)
 2 cawan nasi putih
 4 1/2 cawan santan
 1 sudu teh garam
 1 bungkus ibu roti( mauripan)
 3 sudu makan gula pasir

 CARA- CARA
 1) Nasi di blender dengan 1 cawan santan dan garam sampai halus.
 2) Tepung beras, ibu roti serta gula di gaul sebati, kemudian masukkan baki santan
 3) Gaul semua bahan sampai sebati.
 4) Kemudian masukkan pula nasi yang telah di blender tadi.
 5) Gaulkan lagi agar semua bahan benar benar sebati.
 6) Simpan adunan sampai naik atau sekurang kurangnya 2 jam.
 7)Panaskan kuali sapukan sedikit minyak dan masukkan adunan
 8)Untuk cepat masak saya tutup kuali dengan tutup periuk

 RESEPI INI SAYA BELAJAR DI KELAS MASAKAN
 ( KEMAS) DI AU 3 KERAMAT( DEWAN DEPAN SEK KEB AU
 KERAMAT)

RESEPI OLEH: CIKGU ROSINAH  BTE MOHD ISA
 LAGI SATU UTK PERINGATAN GUNAKAN BEKAS YANG
 BESAR UNTUK BANCUHAN . JANGAN JADI MACAM SAYA
 BEKAS KECIL, HABIS MELIMPAH ADUNAN INI.
 DAH LE BUAT 1/2 ADUNAN DAPAT 8 KEPING AJE.

17 February 2011

APAM PISANG COKLAT RICE





BAHAN- BAHAN:

 BAHAN A
100 gm gula
 100 gm minyak masak
 2 biji telur
 2 biji pisang( saya guna pisang awak)
 1/2 sudu esen pisang
 
 Satukan semua bahan A kecuali pisang .
 Blender sampai semuanya sebati dan gula hancur, kemudian
 masukkan pisang. Blender lagi sampai pisang hancur.
 Kemudian masukkan kedalam bekas.

 BAHAN B

 80 gm tepung gandum
 1/2 sudu soda

 Ayak kedua dua bahan B kemudian masukkan ke dalam
 bahan A. Gaul sampai sebati.
 Masukkan juga coklat rice dan gaul lagi.
 Simpan adunan ini selama 15 minit.
 Panaskan kukusan dan kukuslah apam pisang ini selama 10 minit.

16 February 2011

MUFFIN COKLAT





BAHAN-BAHAN:
 1/2 cawan mentega
 1/2 cawang minyak jagung
 1 1/4 cawan gula perang
 3 biji telur
200 ml susu segar( coklat)
 2 1/2 cawan tepung gandum
 1 sudu teh soda bikarbonat
 1 sudu teh baking powder
 3 sudu makan serbuk koko
 sedikit coklat chip untuk hiasan.

 CARA- CARA
 1) Terlebih dahulu panaskan oven pada suhu 180 selama 15minit.
 2) Pukul mentega, minyak jagung dan gula perang sampai sebati.
 3) Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul lagi.
 4) Tepung gandum, soda, serbuk koko dan baking powder di ayak
 dan di campurkan ke dalam adunan tadi sedikit sedikit
 5) Kemudian campurkan susu segar berselang seli dengan tepung sampai  adunan sebati.
 6) Paipkan adunan 3/4 ke dalam cup  kertas. Hias dengan chip coklat di atasnya.
 7)  Siap untuk dibakar. Bakar selama 20 minit

 Adunan muffin tak perlu di pukul terlalu lama.
 sekadar digaul agar semuanya sebati.

 Resepi  ini asalnya dari blog BABY CAKES 2U
 THANKS 4 SHARING D RECEIPIES
 BEST!!!... SEDAPPP....

14 February 2011

BINGKA LABU


BAHAN-BAHAN:
 450 gm labu (kukus dan lenyek)
 180 gm gula halus
 5 biji telur
 500 ml santan
 200 gm tepung
 1 sudu makan vanila
sedikit garam
 bijan secukupnya

CARA CARA :
 1) Satukan semua bahan, kecuali labu ,bijan dan vanila.
 2) Kacau semua bahan sampai sebati dan gula hancur.
 3) Tapis adunan tadi, masukkan labu dan vanila. Kacau rata
 4) Sapu loyang dengan sedikit minyak atau butter.
 5) Tuang adunan tadi dan tabur bijan.
 6) Bakar pada suhu 180 selama 45 minit atau hingga masak
 7) Bila masak tunggu betul betul sejuk baru potong.

SAYA PUNYA BINGKA X DE BIJAN, BIJAN DAH ABIS.....

 (RESEPI INI SAYA DAPAT DARI BLOG CIK MAT GEBU)
 TERIMA KASIH BEBANYAK CIK MAT, HARAP DAPAT HALALKAN
 RESEPI NI YE....

10 February 2011

NASI HUJAN PANAS


BAHAN- BAHAN:-
 500 gm beras basmati
 5 sudu makan minyak sapi
 250 ml susu cair
 air secukupnya
 sedikit pewarna kuning
 sedikit pewarna hijau
 sedikit pewarna merah

 BAHAN MENUMIS:
 6 kuntum bunga cengkih
 5 kuntum bunga lawang
 4 cm kulit kayu manis
 8 biji buah pelaga
 2 helai daun pandan

 BAHAN GILING:
 5 ulas bawang putih
 8 ulas bawang merah
 3 cm halia

 CARA MEMASAKNYA:
 1) Panas minyak sapi dan tumiskan bahan menumis dan bahan giling
 hingga naik bau.
 2) Kemudian masukkan susu cair dan air secukupnya.
 3) Setelah mendidih, masukkan beras dan biar hingga kering.
 4) Setelah nasi tadi kering buatkan berberapa lubang dengan
 menggunakan sudu.
 5) Masukkan pewarna di dalam setiap lubang.
 6) Biar kan di atas api sehingga betul betul kering dan masak.
 7) Kacau pelahan- pelahan sehingga semua  warna tadi sebati.
 8) Bolehlah dihidangkan.

TOM YAM PUTIH


BAHAN-BAHAN:
 500 gm daging
 6 helai daun limau purut
 4 batang serai
10 biji limau kasturi
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 camca besar susu cair
2 camca besar garam
1 camca gula
2 liter air

CARA-CARA :
Daging , halia, lengkuas di hiris halus
cili api, serai, bawang merah, bawang putih diketuk.
Limau ambil airnya.
 Masukkan semua bahan tadi kedalam periuk dan didihkan.
Biar daging empuk. Hidangkan.

DISINI SAYA MENGGUNAKAN AYAM, DAN RESEPI INI SAYA DAPAT DARI BLOG

NORASIKIN BASRI. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKONGSI RESEPI.

06 February 2011

BINGKA BAWANG


BAHAN-BAHAN :

3 cawan tepung gandum (jangan penuh penuh)
6 biji telur
2 cawan gula ( kalau x nak manis kurang kan)
4 cawan santan
1 cawan bawang goreng (1/2 cawan blender kasar)
 sedikit pewarna kuning
 sedikit garam
 sedikit minyak( untuk sapu pada loyang)
 
CARA CARA-
 1) Pukul telur dengan gula sampai kembang, masukkan garam dan pewarna.
 2)Kemudian masukkan tepung sedikit sedikit di selang selikan dengan santan
 sampai habis.
 3) Pukul lagi sampai sebati dan masukkan 1/2 cawan bawang goreng yang telah
 di blender kasar.
 4) Sapu loyang dengan minyak dan panaskan sekejap loyang.
 5) Tuang adunan tadi, kemudian tabur lebihan bawang goreng
 memenuhi permukaan loyang.
 7) Bakar pada suhu 180 selama 40-45 minit.

02 February 2011

BUNGA TELANG


Spa2 yg still x tahu lg cm mana rupa bunga telang, haa ini lah rupa nya . . . bunga telang nie biasa nya org gna utk masak nasi kerabu, utk masak kuih-muih terutama bg kuih-muih nyonya . . selain gna utk msakn, bleh jga di gunakan utk melebat, menghitam, mengilat rambut dan menyuburkan kulit kepala . . tambahan lg, bunga telang nie bleh mrawat penyakit sperti sakit kepala dan ulser mulut . . =)

BUBUR PULUT HITAM

BAHAN- BAHAN:
200 gm pulut hitam
 1 liter santan
 250 gm gula merah 
 3 helai daun pandan
 50 gm madu ( jika suka)

 CARA MEMBUAT:
 
 1) Bersihkan beras pulut hitam dan rebus hingga betul betul lembut.
 2) Masukkan gula melaka, daun pandan, madu dan akhir sekali msaukkan santan.
 3) Kacau perlahan lahan sehingga masak dan hidangkan semasa  panas panas.








 


KUIH PUTERI AYU

  
 BAHAN- BAHAN
 2 cawan tepung gandum ( Ayak)
 1 sudu baking powder (Ayak)
 2 biji telur
 1 cawan gula
 1 cawan santan
 1 sudu ovellate
 pewarna yang di sukai
 perisa

 1/2 biji kelapa parut putih ( Digaul)
 2 sudu tepung gandum (Digaul)
 sedikit garam (Digaul)
  
 CARA-CARA
 1) Telur dan gula di pukul hingga gula hancur dan kembang.
 2) Kemudian masukkan ovellate, pukul lagi sampai adunan 
 menjadi pekat dan ringan , masukkan pula pewarna dan perisa, pukul lagi.
3) Selepas itu masukkan tepung yang telah  diayak dengan baking  powder sedikit sedikit
 di seli seli dengan santan sampai habis
 4) Tak perlu di pukul, sekadar di gaul sebati dengan senduk saja.
 5) Bila semua dah di gaul sebati simpan sekejap adunan  lebih kurang 5- 10 minit.
 6) Panaskan acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak  lebih kurang 5 minit.
7) Masukkan kelapa putih yang di gaul  garam serta tepung ke dalam acuan.
 8) Tuang adunan dan kukus selama 10 minit. 
 3) Selepas itu masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim