Pages

31 January 2011

PUDING SAGU GULA MERAH

 





     BAHAN-BAHAN A:
    200 gm sagu
    500 ml air
    Sedikit Pewarna (jika suka)

    BAHAN B:
    500 ml santan
    100 gm gula
    100gm tepung kastard
    100 gm krim jagung

    BAHAN C:
    200 gm gula merah
    100 gm  gula putih
    400 ml air

    HIASAN:
    1 biji ceri merah


    CARA MEMBUAT BAHAN A:
    1) Panas air hingga mendidih. Bersihkan sagu dan masukkan kedalam air mendidih.
     Masak hingga sagu jernih. angkat dan cuci hingga kanjinya hilang.
    Masukkan kedalam bekas dan biarkan sejuk.

    CARA MEMBUAT BAHAN B:
    Panaskan santan dan gula sampai mendidih. Masukkan tepung kastard kacau hingga sebati.
    Campurkan  krim jagung  padam api dan biarkan sejuk.

    CARA MEMBUAT BAHAN C:
    Campurkan semua bahan C dan masak hingga pekat.
    Kemudian  sejukkan. Ambil bahan B masukkan dalam mangkuk kecil kecil
    Keluarkan sagu letak atas bahan  B kemudian curakhkan bahan C
    Hias dengan ceri.

    30 January 2011

    PUDING CARROT

    BAHAN-BAHAN
     2 batang carrot yang sedang
     2 cawan tepung jagung
     1 3/4 cawangula pasir
     5 1/2cawan air (termasuk air laici)
     1tin buah laici ( laici dalam tin) ( dipotong halus halus)

     CARA-CARA
     1) Lobak merah dibuang kulit, potong halus dan diblender dengan 1 cawan air
     2) Tepung jagung, gula dan lobak merah tadi di campurkan dengan kesemua.
     lebihan air.
     3) Kacau sebati kemudian masak atas api hingga pekat dan berkilat.
     4) Kemudian masukkan laici yang di potong halus.
     5) Tuang dalam cup yang kecil  kecil. ( tuang separuh je, jangan penuh)

    BAHAN-BAHAN SOS
     6 cawan santan pekat
     3/4 cawan tepung jagung
     garam
    .
     CARA - CARA
     1) Satukan kesemua bahan.
     2) Kacau diatas api sehingga pekat dan berkilat.
     3) Angkat dan tuangkan keatas adunan yang dah disiapkan tadi.
     4) Sejukan di luar atau di dalam peti ais  
     

     

    29 January 2011

    AYAM MASAK TOMATO


    BAHAN- BAHAN.
     1 ekor ayam
     10 tangkai cili kering (dikisar)
     4 biji tomato ( dikisar)
     1/2 cawan sos tomato
     1/2 cawan gajus- digoreng.
     1 tangkai daun ketumbar- dipotong- potong
     10 ulas bawang merah ( di tumbuk halus)
    6 ulas bawang putih (di tumbuk halus)
     4 cm halia (di tumbuk halus)
     4 batang serai - (diketuk)
     1 cawan air
     Sedikit minyak untuk menumis
     gula dan garam secukup rasa.

      CARA- CARA
     1) Ayam dipotong dan dibersihkan.
     2) Gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit, goreng separuh masak.
     3) Panaskan minyak dan tumis bahan  yang ditumbuk sampai wangi.
     4) Kemudian masukan cili kering  yang di kisar dan serai yang diketuk.
     5) Biar garing sedikit baru masukan gajus, sos tomato dan tomato kisar.
     6) Kemudian masukan ayam, garam, gula dan  1 cawan air.
     7) Biarkan mendidih dan kuahnya pekat sedikit  baru masukkan daun ketumbar.
     8) Tutup api dan boleh lah di hidangkan.

    28 January 2011

    KUIH LAPIS 2


    BAHAN-BAHAN
     A)
      250 gm tepung beras
     30 gm tepung ubi
     1 liter santan
     sedikit garam
     B)
     250 gm gula
     200 ml air
     2 helai daun pandan

     CARA-CARA
    1) Satukan bahan (B)
     2) Tapis dan sejukan
     3) Satukan semua bahan (A) kemudian masukankan bahan (B)
     4) Kacau sampai sebati, bahagi pada 2 bahagian.
     5) Warnakan setiap bahagia dengan warna yang disukai.
     6) Panaskan kukusan. Alas loyang dengan plastik yang disapukan sedikit minyak.
     7) Kukuslah setiap lapisan berselang seli sampai habis.
     8) Bila masak sejukan baru di potong.

    SELAMAT MENCUBA: resepi asal saya ambil dari blog cik mat gebu.
     terima kasih cik mat atas rspi yang sedap ni

    23 January 2011

    ROTI KACANG MERAH



    BAHAN BAHAN-
     500 gm tepung gandum berprotien tinggi
     7 gm yis kering ( MAURIPAN)
     80 gm mentega tanpa garam (suhu bilik)
     1 biji telur - di pukul kembang
     100 ml susu rendah lemak
     20 ml air suam
     50 gm gula kastor
     50 gm tepung untuk ditabur
     inti kacang merah secukupnya
     
     CARA CARA
     1) Campurkan susu rendah lemak dan air ketepikan.
     2) Dalam mangkuk besar masukan tepung. Buat lubang  ditengah
     3) Masukan yis kering, gula kastor dan susu tadi dibahagian tengah lubang.
     4) Biarkan selama 5 minit. Gaulkan kesemua bahan dengan tepung. Uli sampai semuanya sebati
     5) Tabur tepung atas permukaan yang licin uli lagi sampai adunan licin dan tak melekat di tangan.
     6) Tutup adunan dengan tuala lembab biarkan doh naik dua kali ganda.
     7) Setelah naik  tumbuk sekali, uli lagi selama 5 hingga 6 minit.
     8) Kemudian bolehlah bentukkan bulat bulat isikan inti kacang merah.
     9) Susun di atas dulang pembakar yang di sapukan  dengan sedikit mentega.
     10) Rehatkan 10 minit baru dibakar. suhu 170-180 selama 20 minit
      (  jika  suka anda boleh sapukan telur atau mentega diatas doh sebelum dibakar)

    KUIH APAM TEPUNG BERAS 2

     
    BAHAN BAHAN-
     500 gm tepung beras
     1 cawan gula
     2 cawan tapai nasi
     1 peket eno
     1/2 biji kelapa parut (putih
     sedikir garam
     3 1/2 cawan air

     CARA CARA-
     1) Satukan tepung beras, gula, tapai nasi, dan air.
     2) Blender semuanya sampai halus dan sebati.
     3) Tapis adunan tadi, peram selama 8 jam atau semalaman.
     4) Selepas 8 jam adunan akan kelihatan berbuih- buih menandakan ia
     sedia untuk dikukus
     6) Masukan satu peket eno dan kacau adunan tadi sehingga kelihatan gebu.
     7) Biarkan adunan sekejap lebih kurang 5 minit.
     8) Panaskan bekas kukus dan letakan acuan plastik kecil
     9) Bila air dah mendidih tuangkan adunan tadi dan kukus selama 15 minit.
     10) Bila masak hidangkan dengan kelapa yang dicampur sedikit garam.

    22 January 2011

    KARI PERIA BERDAGING

    BAHAN BAHAN-
    300 gm daging
     2 biji peria
     1 bungkus rempah kari daging
     10 biji bawang merah (ditumbuk halus)
     2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
     1.2 sm halia (ditumbuk halus)
     1 gelas santan
     sedikit asam jawa
     1 senduk minyak masak
     gula, garam dan serbuk perasa
     
     CARA CARA
     1) Peria dibuang empulurnya, kemudian dipotong.  Setelah itu di rendam dalam air
     panas dan sedikit garam selama 5 minit.
     2) Daging dipotong 5 cm dibersihkan dan di toskan
     3) Masukankan daging, rempah kari daging dan bahan bahan yang telah tumbuk halus
     tadi kedalam bekas, gaul hingga sebati. Perap selama 5 minit.
     4) Masukkan minyak dalam periuk dan tumiskan daging yang diperap tadi.
     5) Kacau hingga garing,kemudian ditutup sekejap periuk dengan penutupnya.
     6) Buka tutup periuk , bila dah pecah minyak, masukkan santan
     peria, garam gula air asam dan serbuk perasa.
     7) Kacau hingga mendidih dan bolehlah di hidangkan .

    CARROT CAKE


    BAHAN BAHAN
     250 gm butter
     220 gm gula perang
     250 gm tepung kek.
     1/2 cawan walnut- cincang.
     1/2 cawan kismis hitam.
     1 cawan carrot - yang dah di parut.
     5 biji telur
     1 sudu esen vanila
     1 sudu makan glycerine

      CARA CARA-

    1 )  Tepung kek, walnut, kismis dan carrot di gaul bersama sampai semua sebati.
    2 )  Pukul butter dengan gula sampai kembang.
    3 ) Masukan esen vanila kemudian masukan telur sebiji sebiji.
    4 ) Pukul lagi sampai kembang.
    5 ) Bila dah kembang masukkan tepung yang telah di gaulkan
         dengan walnnut, kismmis dan carrot.
    6 ) Gaul semuanya sampai sebati akhir sekali masukan glycerine.
    7 ) Gaul lagi. kemudian masukkan dalam loyang yang telah
         di alas dengan kertas minyak dan disapukan dengan sedikit butter.
    8 ) Bakar pada suhu 170- 180 selama 40- 45 minit.

    20 January 2011

    SERI MUKA LABU


    BAHAN-BAHAN:- ( Lapisan Bawah )
    2 pot beras pulut (sukat guna pot rice cooker) ~ cuci bersih & rendam 3 jam kemudian tos
    2 ½ pot santan pekat
    1 ½ sudu kecil garam halus (bancuh dalam santan hingga larut) 


    BAHAN-BAHAN:- ( Lapisan Atas )
    250 gm isi labu kuning (timbang isi saja) ~ rebus empuk & tos (sejukkan sebentar)
    1 ½ cawan gula pasir (MaDiHa letak 1 cawan jer.. ikutlah selera puan2 nak manis or tak)
    1 cawan tepung gandum
    3 sudu besar tepung jagung
    2 sudu besar tepung beras
    1 ½ cawan santan pekat
    3 biji telur (gred A)
    ½ sudu kecil garam (utk menaikkan rasa lemak)

    CARA-CARA:-
    1. Panaskan periuk pengukus hingga mendidih (pastikan airnya mencukupi).
    2. Masukkan beras pulut & santan yang dibancuh dengan garam ke dalam loyang (saiz 24 cm). Kacau sebati & ratakan permukaannya. Kukus selama lebih kurang 20 - 25 minit (hingga pulut masak). Bila masak tekan2 sedikit pulut biar padat kemudian perlahan2 cakar2 permukaan pulut menggunakan garfu.
    3. Sementara menunggu pulut masak, lecek labu rebus hingga lumat. Campurkan labu lecek tadi dgn santan, gula, garam & telur lalu dikacau rata (guna whisker). Masukkan tepung gandum sikit demi sikit sambil dibancuh rata. Masukkan pula tepung jagung & tepung beras & kacau rata.
    4. Tuangkan ke dalam kuali dan masak sekejap dengan api yg sederhana sambil dikacau2 sentiasa menggunakan whisker. Agak2 dah pekat mcm susu pekat manis tu bolehlah ditutupkan api.
    5. Pastikan diatas lapisan pulut tiada air yg menitik (kalau ada.. lap dulu dengan tuala dapur yg bersih). Semasa pulut masih panas2 tu.. tuangkan bancuhan labu tadi ke atas pulut dan sambung lagi mengukus selama 20-25 minit atau hingga masak. (setiap 7 - 10 minit buka penutup kukusan berhati2 utk membuang air wap yg melekat pd penutup / boleh juga balut penutup periuk kukus dengan tuala yang bersih.
    6. Sejukkan kuih sebelum dipotong.


    ( RESEPI NIE SY AMBIL DRPD Ma DiHaA, TRIMA KASIH BYK2 YE ) ^_^

    16 January 2011

    PIZZA SARDIN


    BAHAN-BAHAN A:-
    500gm tepung gandum
    3 sudu makan yis (Mauripan)
    1 1/2 cawan air
    2 sudu minyak masak
    2 sudu gula
    1 sudu kecil garam

    BAHAN - BAHAN B:-
    1 tin sardin saiz besar (Asingkan kuah dari isinya)
    1 cawan sayur campur
    2 biji bawang besar - di hiris
    3 ulas bawang putih- di hiris
    3 sudu minyak masak
    1 sudu besar oregano
    2 sudu besar serbuk lada hitam ( kalau nak pedas lebihkan )

    BAHAN-BAHAN C:-
    3 biji tomato ( dipotong bulat )
    1 biji cili banggala ( dibelah 4 n di hiris nipis )
    1 tin cendawan butang ( dihiris nipis )

    BAHAN-BAHAN SOS
    Cili sos secukupnya di kacau sebati
    dengan kuah sardin

    BAHAN BAHAN UNTUK DI PAIPKAN ATAS PIZZA
    Mayonis secukupnya
    Cili sos secukupnya

    CARA-CARA:-
    1) Satukan yis dan gula dengan 1/2 cawan air. Biar kembang
    2) Tepung dan garam gaul sebati. Kemudian masukkan minyak dan tuangkan yis yang dibancuh dengan air tadi sedikit-sedikit.
    3) Kemudian tuangkan air selebihnya sampai habis. Uli sehingga licin dan lembut ( uli dalam 15 minit ).
    4) Simpan doh ini lebih kurang 20minit atau sehingga naik.
    5) Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu. Masukkan sayur campur bersama.
    6) Masukkan sardin dan hancur hancurkan, masukkan juga serbuk lada hitam, oregano dan garam.
    7) Masak biar kering sedikit, padamkan api.
    8) Ambil  doh pizza dan bahagikan kepada beberapa bahagian, kemudian leperkan di atas tutup periuk atau loyang. ( jangan tebal sangat ).
    9) Ambil cili sos, campurkan dengan kuah sardin. Kacau sebati kemudian sapu atas pizza
    10) Kemudiam taburkan sardin yang dimasak tadi.
    11) Susun pula dengan bawang, tomato, cendawan  dan cili banggala.
    12) Paipkan cili sos dan mayonis di atas pizza tadi
    12) Tunggu 10-15 minit baru bakar pada suhu 180 selama 15-20 minit.

    10 January 2011

    PAI EPAL



    APAM LABU


    08 January 2011

    PAU KACANG MERAH


    BAHAN BAHAN:-
    400 gm tepung gandum
    3 sudu besar ibu roti
    3 sudu besar gula kastor
    1 cawan air suam
    1/2 cawan minyak masak
    Kertas minyak / daun pisang secukupnya - ( utk alas kuih pau )

    CARA CARA:-
    1. Larutkan ibu roti dan gula di dalam air suam, biar betul-betul kembang.
    2. Masukkan tepung ke dalam besen, kemudian tuang bahan yang dilarutkan tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
    3. Selepas itu, tuang pula minyak sedikit-sedikit sambil menguli adunan.
    4. Jika adunan terasa agak keras, masukkan 2 atau 3 sudu lagi air. Uli adunan agar lembut dan licin.
    5. Simpan adunan lebih kurang 20- 25 minit hingga naik.
    6. Kemudian, bahagi dan bulatkan adunan kepada beberapa bahagian. Isi inti dan alaskan dengan kertas minyak.
    7. Bila semua dah siap, biarkan adunan naik lebih kurang 5 minit.
    8. Panaskan kukusan dan kukus selama 10-15 minit.

    06 January 2011

    PENGAT PISANG

    BAHAN BAHAN
     300 ml santan cair
     150 ml santan pekat
     150 gm pisang yang telah dihiris
     100 gm gula melaka
     50 gm gula pasir
     30 gm biji sagu- di rendam hingga kembang dan di toskan
    1 helai daun pandan

    CARA CARA-
     Didihkan santan cair bersama gula melaka, sagu dan daun pandan
     Apabila sagu masak masukkan gula pasir dan dan santan pekat juga pisang
     Biar mendidih selama 2-3 minit. Sedia dihidangkan. 



    TEPUNG PELITA

    BAHAN-BAHAN ( BAWAH ):-
    1 cawan tepung beras
    3 1/4 air pandan ( saya gna 5 helai )
    Sedikit air kapur
    Sedikit pewarna hijau

    BAHAN-BAHAN ( ATAS ):-
    1 cawan tepung beras
    4 1/4 cawan santan
    Sedikit garam

    * Gula pasir secukupnya
    * CUP KECIL2 . . .

    CARA-CARA:-
    1. ( Bawah ) - Satukan semua bahan, kacau atas api sampai pekat dan berkilat.
    2. Masukkan gula secukupnya ke dalam cup, tuangkan adunan 1/2 daripada cup tersebut.
    3. ( Atas ) - Satukan semua bahan, kacau atas api sampai pekat dan berkilat.
    4. Tuangkan ke atas bahagian adunan bawah tadi.
    5. Biarkan sejuk, kemudian boleh dihidangkan samada panas ataupun sejuk . . .

    SAMBAL IKAN KEMBUNG MANGGA MUDA.


    BAHAN-BAHAN:-
    5 Ekor ikan kembung ( di goreng )
    7 Biji cili merah
    5 Biji cili padi
    2 Inci belacan ( dibakar )
    2 Biji mangga muda ( dikupas dan dicincang kasar )
    1 Biji bawang besar ( potong bulat2 )
    3 Ulas bawang putih ( dihiris halus )

    CARA-CARA:-
    1. Tumbuk cili merah, cili padi dan garam hingga hampir lumat.
    2. Masukkan belacan, gula, mangga muda dan tumbuk lagi sehingga keluar jusnya.
    3. Panaskan sedikit minyak lebihan ikan goreng.
    4. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
    5. Kemudian masukkan sambal mangga tadi.
    6. Gaul sebentar, kemudian masukkan ikan goreng.
    7. Bila semuanya sebati, bolehlah dihidangkan.

    04 January 2011

    KUIH APAM GULA HANGUS


    BAHAN-BAHAN:-
    1 cawan gula - jadikan gula hangus dgn 1 cawan air
    1 cawan majerin @ mentega
    3 cawan tepung gandum
    2/3 cawan susu cair @ bancuhan susu tepung
    1 sudu besar soda bicarbonate

    CARA-CARA:-
    1. Masak gula hangus. Semasa masih panas, masukkan majerin. Kacau sampai majerin cair, tutup api.
    2. Kcau gula bersama telur sampai gula hancur n telur berbuih.( sy gna mixer je).
    3. Masukkan soda bicarbonate n pukul 5 saat.
    4. Masukkan gula hangus bercampur marjerin tadi n pukul lg 3 saat je.
    5. Campurkan tepung, gaul rata. Akhir skali masukkn susu, pukul sebati.
    6. Panaskan air dalam pengukus, sementara tu sapu marjerin dalam acuan. Masukkan adunan hingga 1/3 acuan je.(ia sangat mengembang) Bila air kukusan mendidih, kukuslah apam selama 15 minit.
    7. Sedap gak dimakan bersama kelapa parut bercampur garam.

    ( SY PERAP ADUNAN SELAMA 10-15 MINIT, KEMUDIAN BARU KUKUS. )
    ( RESEPI ASAL DARIPADA KAKBESAH )

    KUIH TART CHOCOLATE

    BAHAN-BAHAN ( KULIT ):-
    100 gm mentega
    210 gm tepung
    50 gm gula aising
    30 gm telur ( 1 biji )
    1/2 camca susu tepung

    CARA-CARA:-
    1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati, perap selama 20minit.

    BAHAN-BAHAN ( INTI ):-
    200 gm gula castor
    60 gm air mendidih
    4 biji telur
    30 gm serbuk koko
    200 gm susu segar
    1 camca esen vanilla

    CARA-CARA:-
    1. Gula castor dikacau sebati dalam air yang mendidih.
    2. Bancuhkan serbuk koko bersama susu segar, kacau sebati kemudian tapiskan.
    3. Pukul telur dengan vanilla, masukkan pula larutan gula tadi.
    4. Kemudian, masukkan susu segar yang dibancuh dengan serbuk koko.
    5. Canaikan adunan tart dan masukkan inti, bakar selama 20minit dengan suhu 180-200°C.

    ( ADUNAN KULIT SAYA GANDAKAN MENJADI 2 DAN RESEPI KULIT TART NIE SAYA AMBIL DARIPADA BLOG MAT GEBU )

    KUIH APAM BUNGA BERINTI LEMON

    BAHAN BAHAN:-
    3 biji telur
    200 gm tepung gandum
    250 gm gula castor
    1 sudu ovalette
    150 ml air aiskrim soda
    Sedikit pewarna merah
    Filling lemon secukupnya.

    CARA CARA:-
    1. Telur dan gula di pukul hingga kembang.
    2. Kemudian masukan ovalette, pukul lagi sampai gebu.
    3. Masukan tepung sedikit sedikit, selang seli dengan air aiskrim soda.
    4. Kacau sebati, kemudian bahagi kepada 2 warna.
    5. Satu warna asal dan satu warna merah.
    6. Masukan sedikit adunan yang warna asal dan sedikit adunan warna merah ke dalam acuan kertas.
    7. Kemudian letakkan sedikit inti dan paipkan adunan asal dan merah tadi sampai penuh. Kukus 15 minit.

    02 January 2011

    KEK CHIFFON

    PUDING ROTI BERKISMIS

    PUDING KARAMEL


    KEK BROWNIES

    PUDING ROTI MARBLE DAN TALAM KELADI

    KEK MARBLE

    Powered by Blogger.

    Hasiah Hashim