Pages

08 January 2011

PAU KACANG MERAH


BAHAN BAHAN:-
400 gm tepung gandum
3 sudu besar ibu roti
3 sudu besar gula kastor
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak masak
Kertas minyak / daun pisang secukupnya - ( utk alas kuih pau )

CARA CARA:-
1. Larutkan ibu roti dan gula di dalam air suam, biar betul-betul kembang.
2. Masukkan tepung ke dalam besen, kemudian tuang bahan yang dilarutkan tadi sedikit demi sedikit sampai habis.
3. Selepas itu, tuang pula minyak sedikit-sedikit sambil menguli adunan.
4. Jika adunan terasa agak keras, masukkan 2 atau 3 sudu lagi air. Uli adunan agar lembut dan licin.
5. Simpan adunan lebih kurang 20- 25 minit hingga naik.
6. Kemudian, bahagi dan bulatkan adunan kepada beberapa bahagian. Isi inti dan alaskan dengan kertas minyak.
7. Bila semua dah siap, biarkan adunan naik lebih kurang 5 minit.
8. Panaskan kukusan dan kukus selama 10-15 minit.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim