BAHAN-BAHAN ( KULIT ):-
100 gm mentega
210 gm tepung
50 gm gula aising
30 gm telur ( 1 biji )
1/2 camca susu tepung
CARA-CARA:-
1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati, perap selama 20minit.
BAHAN-BAHAN ( INTI ):-
200 gm gula castor
60 gm air mendidih
4 biji telur
30 gm serbuk koko
200 gm susu segar
1 camca esen vanilla
CARA-CARA:-
1. Gula castor dikacau sebati dalam air yang mendidih.
2. Bancuhkan serbuk koko bersama susu segar, kacau sebati kemudian tapiskan.
3. Pukul telur dengan vanilla, masukkan pula larutan gula tadi.
4. Kemudian, masukkan susu segar yang dibancuh dengan serbuk koko.
5. Canaikan adunan tart dan masukkan inti, bakar selama 20minit dengan suhu 180-200°C.( ADUNAN KULIT SAYA GANDAKAN MENJADI 2 DAN RESEPI KULIT TART NIE SAYA AMBIL DARIPADA BLOG MAT GEBU )
0 comments:
Post a Comment