Pages

11 December 2010

KEREPEK DAUN KADUK


BAHAN-BAHAN:-
Daun kaduk ( resepi asal menggunakan daun bayam )
2 cawan tepung gorengan serbaguna ( boleh goreng pisang, ubi kledek, ubi kladi dll )
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
Segenggam udang kering
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:-
1. Tumbukkan jintan manis, jintan putih dan udang kering secara berasingan. Jangan terlalu halus.
2. Campurkan ke dalam tepung gorengan serbaguna, kemudian masukkan air sedikit-sedikit. Jangan terlalu cair ataupun terlalu pekat. ( sedang-sedang aje )
3. Kacau sebati.
4. Celupkan daun kaduk satu-satu ke dalam bancuhan tepung tadi, goreng dalam minyak yang sederhana panas. ( api jangan terlalu besar kerana cepat hangus )

*BAGI SESIAPA YANG TIDAK KENAL RUPA DAUN KADUK, INILAH DIA . . . ^_^

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim