Pages

01 December 2010

CARA MEMBUAT MEE KUNING


BAHAN-BAHAN:-
4cawan tepung gandum
1cawan air
1biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:-
1. Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepung.
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.

LANGKAH DEMI LANGKAH:-


1. Doh mee kuning.
2. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil.
3. Bentukkan memanjang.
4. Leperkan doh dengan menggunakan tangan.
5. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing).
6. Buat hingga selesai.
7. Gelek pula no.5 / no.6.
8. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9 & 10. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting.
11. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi.
12. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
13. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
14. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.

1 comments:

Ai One said...

Salam semua,Cik Hasiah,

Dulu saya pun tak pandai buat mee, tapi sekarang dah semakin mahir lepas ambil kursus dan belajar dari yang pakar. & Alhamdulillah, sekarang dah pun berjaya hantar kat restoren berhampiran rumah .

Dan minta izin tuan punya blog, Cik Hasiah, nak buat promosi ckit kat sini, Khas untuk pelanggan sekitar Kota bharu/Wakaf bharu (Kelantan) dan lokasi berhampiran.

Kami sedia menerima tempahan Mee Kuning (saiz lebih kecil/halus/nipis dari mee kuning biasa)

Rasa lebih enak , mudah sebati & serasi dengan masakan anda dan lebih memuaskan hati. Pelanggan kami lebih gemarkannya.

Yang paling penting ! Tanpa bahan pengawet.

& Kami juga sedia terima tempahan Mee kuning Leper jika diminta.

So, sesaper yang berminat untuk mendapatkannya , sila call "Kak Yah" untuk buat tempahan dulu yer , no kami nie : 09-7191877 @ 013-4433042.

atau email kami di globalincomes@gmail.com

Lokasi kami di : Lot 1722,Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu,Kelantan.

Salam. :D

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim