Pages

15 December 2010

KUEY TEOW


BAHAN-BAHAN:-
4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan air ( sy tambah 3 sudu air lg )
1 biji putih telur
Sedikit garam
Sedikit tepung gandum ( utk disapu )

CARA-CARA:-
1. Tepung gandum dan tepung beras digaul mesra.
2. Putih telur dipukul sekejap, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
3. Tuangkan air yang bercampur garam, uli sebati.
4. Jika adunan susah untuk diuli, tambahkan 3 sudu air lagi. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
5. Bungkus dengan plastik, simpan selama 10-15 minit. 
6. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
7. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
8. Gelek pula no.05 kemudian pada no.03. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat kuey teow.
10. Celurkan kuey teow sedikit demi sedikit untuk mengelakkan daripada melekat ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
11. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
12. Toskan sekejap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuey teow.
13. Cara buat kuey teow ni lebih kurang macam cara membuat mee kuning, bezanya adunan kuey teow lebih keras sedikit berbanding adunan mee kuning.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim