Pages

20 December 2011

PUDING SUMI



BAHAN BAHAN
 1 BUNGKUS AGAR AGAR (BASUH DAN RENDAM 1/2 JAM)
 4 CAWAN AIR
 2 CAWAN GULA ( IKUT MANIS)
 200 ML SUSU CAIR
 3 SUDU TEPUNG KASTARD ( BANCUH DGN SEDIKIT AIR)
 SEDIKIT VANILA
 SUMI SECUKUPNYA

 CARA CARA :
 1) MASAK AGAR AGAR DENGAN AIR SAMPAI HANCUR. LEPAS TU TAPIS
 2) MASUKKAN SUSU YANG TELAH DI BANCUH DENGAN  TEPUNG KASTARD.
 3) BILA SEBATI MASUKKAN GULA DAN VANILA.
 4) AMBIL SUMI DAN SUSUN DALAM LOYANG,
 5) AKHIR SEKALI TUANGKAN AGAR AGAR TADI .BIARKAN SEKEJAP
 6) BILA SUAM MASUKKAN DALAM PETI AIS. LEPAS TU BOLEHLAH DIHIDANGKAN.

27 November 2011

kuih jongkong



ADUH ! BOSANNYA HARI NI, TAK TAU APE NAK BUAT.
 BILA HARI KERJA, ASYIK NAK CUTI JE. BILA DAH CUTI
 BORING PULA. CUTI SEBULAN LEBIH PULA TU.
 OK LAH DI KESEMPATAN NI AKU INGIN MENGUCAPKAN
 SELAMAT BERCUTI PADA KAWAN KAWAN AKU , CIKGU ZAUYIAH DAN CIKGU ATIKAH.
 OK LAH JOM TENGOK APA YANG AKU MASAK UNTUK MAKAN PETANG NI..
 DAH LAMA TERINGIN NAK BUAT, NI ANAK ANAK SUKA MAKAN. KALU SEJUK
 DIAORANG KATA LAGI SEDAP. APA APA PUN JUM TENGOK RESEPINYA.

 KUIH JONGKONG :
 
 BAHAN BAHAN :

 3 CAWAN TEPUNG BERAS
 11 CAWAN AIR PANDAN (SAYA GUNA 10 HELAI DAUN PANDAN )
 1/4 SUDU KECIL LAPUR
 1/4 SUDU KECIL GARAM

 CARA CARA :

 1) SATUKAN SEMUA BAHAN
 2) KEMUDIAN TAPIS DAN KACAU  DIATAS API  YANG KECIL
 SAMPAI PEKAT DAN BERKILAT.
 3) PADAMKAN API DAN TUANG ADUNAN DALAM LOYANG DAN SEJUKAN SEBELUM DI POTONG DAN DI HIDANGKAN DENGAN KUAHNYA       


 BAHAN UNTUK KUAH :

 4 CAWAN SANTAN
 1 CAWAN GULA (1/2 GULA PUTIH + 1/2 GULA MERAH )
 GARAM

 CARA CARA :

 1) SATUKAN SEMUA BAHAN, DAN MASAK SAMPAI
 GULA HANCUR DAN SEDIKIT MENDIDIH.
 2) SEJUKAN KAN DAN BOLEH LAH DI HIDANG KAN.

16 November 2011

AIR LEMON BARLI



BAHAN BAHAN :
( RESEPI ASAL DARI MADIHA)
 1 CAWAN BARLI
 2 BIJI LEMON
 GULA SECUKUP RASA
 1.5 LITER AIR( ATAU SECUKUPNYA)

 CARA CARA :

 1) CUCI BARLI SAMPAI BERSIH
 2) KEMUDIAN REBUS BARLI BERSAMA AIR SAMPAI
 BARLI KEMBANG DAN LEMBUT.
 3) BILA DAH LEMBUT MASUKKAN GULA SECUKUP RASA.
 4) BIAR SUAM SEDIKIT BARU MASUKKAN PERAHAN
 LEMON.
5) SIAP UNTUK DIMINUM SEGERA ATAU BOLEH JUGA DICAMPUR
 DENGAN AIS BATU.

03 November 2011

KUIH BINGKA PISANG ( RESEPI :Ma DiHaA)

BAHAN BAHAN :

 10 BIJI PISANG 
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 3/4 CAWAN GULA
 1 CAWAN SANTAN
 1 CAWAN SUSU CAIR
 1 BIJI TELUR
 2 SUDU BUTTER
 SEDIKIT GARAM
 SEDIKIT PEWARNA KUNING ( SAYA TAMBAH)
 SEDIKIT ESEN PISANG ( NI PUN SAYA TAMBAH)

 CARA CARA NYA :
 1) PISANG DILENYEK
 2) BLENDER SEMUA BAHAN.
 3) KEMUDIAN TUANG DALAM MANGKUK YANG BERISI PISANG.
 3) GAUL SAMPAI SEMUANYA SEBATI.
 4) TUANG DALAM LOYANG YANG TELAH DI LENSER DENGAN BUTTER.
 BAKAR PADA SUHU 180 SELAMA 1 JAM ATAU SAMPAI MASAK.

 SELAMAT MENCUBA, RESEPI NI SAYA AMBIL DARI BLOG Ma DiHaA
 TERIMA KASIH BEBANYAK PADA MADIHA KERANA SUDI BERKONGSI RESEPI.
PADA YANG NAK MENCUBA SILAKAN, MEMANG SEDAP,

26 October 2011

JEMPUT LEMAK MANIS

BAHAN BAHAN :

 1 1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER
 1/2 SUDU KECIL SODA
  6 SUDU SUSU PEKAT MANIS ( ATAU LEBIH)
 1/2 CAWAN SUSU CAIR
 1 BIJI TELUR ( SAYA TAMBAH)

 CARA CARA :

 1) DALAM SATU BEKAS  CAMPURKAN TEPUNG, BAKING POWDER DAN GARAM
 2) KEMUDIAN AYAK
 3) SATUKAN TEPUNG YANG TELAH DIAYAK DENGAN BAHAN BAHAN
 YANG LAIN. KACAU SAMPAI SEMUANYA SEBATI.
 4) PANASKAN MINYAK BILA  MINYAK DAH PANAS, GORENGLAH
 JEMPUT2  SAMPAI KEKUNINGAN, ANGKAT DAN HIDANGKAN.

 RESEPI INI SAYA BUAT 2 ADUNAN.
 SEDAP TAU........ MAKAN MASA PANAS2.
 ANAK ANAK PUN SUKA. RESEPI NI DI AMBIL
 KAT  MY RESEPI( RSPI OLEH KAK FIDA)
 TQVM KAK FIDA, RSPI YANG RINGKAS TAPI SEDAP.

16 October 2011

kelas muffin



10 October 2011

APAM SNOW WHITE

BAHAN BAHAN :
 3 CAWAN TEPUNG BERAS
 1 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 CAWAN GULA PASIR
 1 BUNGKUS IBU ROTI
 2 CAWAN NASI SEJUK
 3 CAWAN AIR

 CARA CARA ;

 1) BLENDER NASI DENGAN AIR SAMPAI BETUL BETUL HANCUR
 2) KEMUDIAN CAMPURKAN NASI TADI DENGAN BAHAN BAHAN
 YANG LAIN.
 3) GAUL ATAU BLENDER SEKALI LAGI SAMPAI SEMUANYA
 SEBATI.
 4) PERAP SAMPAI NAIK. PANASKAN KUKUSAN.BILA AIR
 DAH MENDIDIH PANASKAN ACUAN LEBIH KURANG 5 MINIT.
 5) LEPAS ITU MASUKKAN ADUNAN TADI DAN KUKUSLAH
 ANTARA 10 - 15 MINIT.
 6) DAH MASAK HIDANGKAN DENGAN KELAPA YANG DI CAMPURKAN
 SEDIKIT GARAM.

 APAM NI DAH DIWARNAKAN PINK DAH X WHITE LAGI.
 TERIMA KASIH PADA EMPUNYA RESEPI.  DAH SIMPAN LAMA
 X INGAT SIAPA LE........ PUNYA RESEPI. MINTA HALALKAN YE

05 October 2011

PULUT KUNING DAN KEK COKLAT UNTUK HANTARAN PETUNANGAN


Diatas adalah kek coklat  dan dibawah pula pulut kuning bersama rendang daging.
 Saya buat kek dan pulut ini untuk majlis pertunangan anak kawan  kat tempat kerja saya.
 Inilah petama kali dalam hidup saya, saya masak rendang daging.  Sebenarnya
 saya tak makan daging dan juga ayam. Kalau anak anak nak makan saya beli aje yang
 dah siap dimasak kat kedai.
 Bila dah masak suruh anak anak yang merasanya, kata anak anak sedap mama masak.

 Resepi kek coklat dan pulut kuning bersama rendang daging akan saya masukkan kemudian.

AGAR AGAR SANTAN



Bahan bahan :
 1bungkus agar agar
 1,000 ml air
 1 biji kelapa
 1 biji telur
 4-5 helai daun pandan
 gula ikut cita rasa
 sedikit garam
 sedikit pewarna hijau


 Cara cara:
 1) kelapa di blend dengan daun pandan dan dapatkan
 2 cawan santan pekat.
 2) Basuh agar agar dan rendam lebih kuirang 20 minit.
 3) Satukan agar agar dengan air dan masak sampai agar agar larut.
 4) Kemudian masukkan gula dan kacau sampai gula hancur, angkat dan tapis.
 5) Satukan santan, telur dan garam kedalam bekas lain, pukul sedikit sampai semuanya
 sebati.tuang dalam agar agar tadi.
 6) Masak semula sampai mendidih.
 9) Tuang kedalam loyang dan sejukkan( Simpan dalam peti ais)
 10) Bila sejuk bolehlah dipotong dan dihidangkan

31 August 2011

KeK KuKuS MaSaM MaNiS


BAHAN BAHAN
 300 GM GULA KASTOR
 340 GM MENTEGA
 300 GM BISKUT MARIE -DIKISAR HALUS
 100 GM TEPUNG GANDUM
 4 SUDU SUSU PEKAT MANIS
 8 BIJI TELUR
 SEDIKIT PERISA VANILA
 KEPINGAN ASAM MANIS HAW FLAKES
 SECUKUPNYA
 SEDIKIT PEWARNA HIJAU

 CARA MEMBUATNYA

 1) PUKUL MENTEGA DENGAN GULA HINGGA KEMBANG.
 2) PUTAR PUTIH TELUR DAN KUNING TELUR BERASINGAN
 SAMPAI KEMBANG.
 3) BILA MENTEGA DENGAN GULA SUDAH KEMBANG, MASUKKAN
 KUNING TELUR, GAUL RATA, MASUKKAN PULA PUTIH TELUR, GAUL LAGI SAMPAI SEBATI, MASUKKAN PULA BISKUT MARIE, GAUL LAGI AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG GAUL LAGI SAMPAI SEBATI.
 4) BAHAGI ADUNAN PADA DUA BAHAGIAN.
 5) SATU BAHAGIAN WARNAKAN HIJAU DAN SATU BAHAGIAN WARNA ASAL.
 6) MASUKKAN SATU SENDUK ADUNAN HIJAU DALAM LOYANG 8 X 8
 ATURKAN KEPINGAN ASAM MANIS, KUKUS  SAMPAI MASAK.
 7) BILA DAH MASAK, TUANGKAN SATU SENDUK ADUNAN ASAL,
 RATAKAN, SUSUN ASAM MANIS KUKUS LAGI SAMPAI MASAK.
 8) ULANGI PROSES MELAPIS ADUNAN BERSELANG SELI WARNA
 SERTA KEPINGAN ASAM MANIS SAMPAI HABIS.
 9) BIARKAN SEJUK BARU DIPOTONG

20 August 2011

POPIAH BASAH

BAHAN BAHAN ;
 4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 BIJI PUTIH TELUR
 2 SUDU MAKAN CUKA
 2 SUDU MAKAN MINYAK
 GARAM
 AIR SECUKUPNYA

 1) DALAM SATU BEKAS MASUKKAN TEPUNG GANDUM,
PUTIH TELUR, CUKA, MINYAK DAN GARAM.
 2) GAUL RATA DAN MASUKKAN AIR SEDIKIT SEDIKIT
 ADUNAN DIBANCUH MACAM NAK BUAT JEMPUT JEMPUT.
 3) JANGAN CAIR SANGAT. KEMUDIAN PERAP SELAM 2 ATAU 3 JAM.
 4) PANASKAN KUALI DENGAN API YANG KECIL.
 6) KUALI TAK PAYAH SAPU MINYAK. KEMUDIAN AMBIL SEDIKIT ADUNAN
 DAN BUATLAH KULIT NYA SAMPAI HABIS

 BAHAN UNTUK INTI ( terpulang pada kehendak masing2)
 2 BIJI TELUR
 300 GM SENGKUANG
 300 GM TIMUN
 300 GM LOBAK MERAH
 300 GM KACANG TANAH-( yg dah siap di goreng dan dikisar)
 100 GM CILI KISAR
 100 GM CILI SOS
50 GM KISMIS - KISAR
2 BIJI BAWANG BESAR
 DARAM, GULA DAN PERASA.

 1) PANAS MINYAK TUMIS BAWANG, MASUKKAN TELUR DAN
 KACAU HINGGA HANCUR.
 2) MASUKKAN SENGKUANG, TIMUN, LOBAK MERAH,
 GARAM DAN PERASA, GAUL RATA DAN ANGKAT.

 SOS
 1) KACANG DIKISAR.
 2) PANASKAN MINYAK, TUMIS BAWANG, MASUKKAN CILI KISAR
 KACAU RATA, MASUKKAN PULA KISMIS, KACANG TANAH, CILI SOS
 GULA DAN GARAM.
 3) MASAK SAMPAI PEKAT, DAN SEJUKKAN.

 BILA KULIT, INTI DAN SOS SUDAH SIAP,
 AMBIL SEKEPING KULIT POPIAH SAPUKAN SOS
 LETAK INTI DAN GULUNG . BUAT LAH SAMPAI HABIS.
 BOLEH LAH DIHIDANGKAN.
 BAGI YANG TAK RAMAI BUAT LAH SEPARUH ADUNAN.
 INTI BOLEH DI PELBAGAIKAN, BOLEH JUGA LETAK
 BAWANG GORENG DAN UDANG KERING YANG DI SANGAI
 TANPA MINYAK KEMUDIAN KISAR HALUS.
 KEMUDIAN, AMBIL KULIT POPIA,SAPU SOS LETAK INTI
 TABUR BAWANG GORENG DAN UDANG KERING GULUNGLAH
 MACAM BIASA.




14 August 2011

UNTUK PENEMPAHAN APAM DOT-DOT . . !!





Apam Dot-Dot untuk tempahan . . . !!
100biji = RM25
Sebarang maklumat boleh hubungi :-
                             HASIAH HASHIM : 016-3871021
                                               atau emailkan kepada
                              hasiahhashim63@gmail.com

MAKARONI BAKAR


BAHAN BAHAN
 100 GM DAGING CINCANG
 1 BIJI BAWANG BESAR- DI DADU
 2 ULAS BAWANG PUTIH -CINCANG HALUS
 3 BIJI CILI MERAH - HIRIS HALUS
 1 1/2 SUDU SERBUK KARI DAGING
 1 CAWAN MAKARONI -REBUS SAMPAI  LEMBUT TOSKAN
 100 GM CHEESE - PARUT
 GARAM SECUKUP RASA
 BAWANG GORENG UNTUK TABUR
 MINYAK UNTUK MENUMIS

 BAHAN B :
 3 BIJI TELUR - A
 3 SUDU TEPUNG GANDUM
 1 CAWAN SUSU SEGAR

 1) PANASKAN MINYAK TUMIS BAWANG BESAR DAN BAWANG PUTIH
 2) MASUKKAN SERBUK KARI DAN TAMBAHKAN 2  ATAU 3 SUDU AIR
 3) MASUKKAN DAGING GAUL SAMPAI MASAK
 4) MASUKKAN CILI HIRIS, GARAM DAN MASUKKAN MAKARONI. GAUL RATA
 5) TUANG DALAM LOYANG DAN TABURKAN CHEESE.
 6) SATUKAN BAHAN B, TAPIS DAN TUANG ATAS MAKARONI TADI.
 7) BAKAR PADA SUHU 180 SELAMA 25 - 30 MINIT.
 8) BUKA OVEN TABUR BAWANG GORENG, DAN BAKAR DALAM 3 - 5 MINIT LAGI.

 SELAMAT MENCUBA, RESEPI ASAL DARI BLOG MADIHA.
TERIMA KASIH DAN IZINKAN AKAK BERKONGSI RESEPI INI
 DI BLOG AKAK.
 

30 July 2011

gambar semasa pergi belajar buat kek














14 July 2011

KUIH LAPIS KELADI

BAHAN BAHAN (A)
 2 CAWAN TEPUNG GANDUM
 2 SUDU BESAR TEPUNG BERAS
 2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
 1/2 CAWAN GULA
 2 CAWAN SANTAN
 1 SUDU KECIL GARAM

 BAHAN (B)
 1/4 CAWAN AIR
 1 SUDU BESAR PES KELADI
 PEWARNA PURPLE

 BAHAN (C)
 1/2 CAWAN KELADI PARUT
 1/2 CAWAN AIR

 1) GAUL BAHAN (A) DAN TAPIS
 2) BAHAGI ADUNAN PADA 2 BAHAGIAN
 3) MASUKAN BAHAN B DALAM SATU BAHAGIAN
 4) MASUKAN PULA BAHAN C DALAM SATU BAHAGIAN
 5) PANASKAN PERIUK PENGUKUS. LAPIK LOYANG DENGAN PLASTIK
 6) MASUKAN SATU CAWAN ADUNAN B DAN KUKUS SAMPAI MASAK
 7) BILA MASAK TUANGKAN PULA ADUNAN C DAN KUKUS JUGA SAMPAI MASAK
 BUAT SAMPAI SEMUANYA HABIS
 8) SEJUKAN KUIH  TERLEBIH DULU BARU POTONG UNTUK DIHIDANGKAN

 RESEPI ASAL DARI CHEF HANIELIZA. TERIMA KASIH DIATAS
 KESUDIAN BERKONGSI RESEPI

13 July 2011

KEMBUNG SALAI ASAM KELAPA KUKUR


BAHAN BAHAN :
 600 GM IKAN KEMBUNG ( belah belakang
 ( bersihkan dan rendam dalam air asam jawa)
 250 GM KELAPA KUKUR ( x de kukur, beli kelapa yg dah siap di parut)
 9 BIJI BAWANG  MERAH ( hiris halus)
 3 BIJI CILI MERAH ( hiris halus)
 7 BIJI CILI API ( hiris halus)
 1 HELAI DAUN KUNYIT ( hiris halus)
 50 GM UDANG KERING ( kisar halus tanpa menggunakan air)
 80 ML AIR ASAM JAWA
 SERBUK KUNYIT SECUKUPNYA
 GARAM SECUKUP RASA
 GULA SECUKUP RASA

 CARA MEMASAKNYA

 1) MASUKKAN KELAPA. KUKUR KEDALAM BEKAS
 2) KEMUDIAN MASUKKAN BAWANG MERAH, CILI MERAH, CILI API
 DAN DAUN KUNYIT YANG DIHIRIS TADI.
 3) SELEPAS ITU MASUKKAN UDANG KERING YANG DIKISAR
 BERSAMA SERBUK KUNYIT, GULA DAN GARAM
 4) GAUL RATA  BAHAN BAHAN TERSEBUT SUPAYA RATA
 5) KEMUDIAN AMBIL IKAN KEMBUNG TADI DAN SUMBATKAN
 BAHAN YANG TELAH DIGAUL TADI DARI BELAKANG HINGGA
 KE PERUT IKAN SAMPAI PADAT
 6) SETELAH SELESAI BOLEHLAH DISALAI DIPERMUKAAN API YANG SEDERHANA.
 7) BILA MASAK, BOLEHLAH DIANGKAT DAN DIHIDANGKAN.

10 July 2011

APAM PELANGI



BAHAN BAHAN:
 270 GM TEPUNG GANDUM
 4 BIJI TELUR- GRED C
 220 GM GULA
 3 SUDU BAKING POWDER
 1 SUDU BESAR OVELLETE
 250 ML SANTAN
 1 SUDU VANILA
 SEDIKIT PEWARNA YANG DISUKAI

 CARA CARA  MEMBUAT :

 1) PUKUL TELUR, GULA DAN OVALETTE SAMPAI KEMBANG
 2) KEMUDIAN MASUKKAN SANTAN DAN VANILA PUKUL SEBATI 
 3) AKHIR SEKALI MASUKKAN TEPUNG YANG TELAH DIAYAK DENGAN BAKING  POWDER.
 4) PUKUL LAGI SEMUANYA SAMPAI BETUL BETUL SEBATI .
 5) BAHAGI ADUNAN PADA 3 BAHAGIAN DAN WARNAKAN DENGAN  WARNA
 YANG DISUKAI.
 6) SAPU LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK, CURAHKAN SATU SENDUK
 ADUNAN DARI BAHAGIAN TENGAH MENGIKUT WARNA 
 ADUNAN  BERSELANG  SELI  SAMPAI  HABIS.
 7) DENGAN MENGGUNAKAN LIDI  CORAKKAN MENGIKUT KREATIVITI
 SENDIRI.
 8) AKHIR SEKALI KUKUS LAH SAMPAI MASAK



:

23 June 2011

APAM TEPUNG GANDUM




BAHAN BAHAN :

 4 1/4 CAWAN TEPUNG GANDUM
 3/4 CAWAN GULA PASIR
 2 CAWAN AIR
 1/2 CAWAN AIR PANDAN ( SAYA GUNA 3 HELAI DAUN PANDAN)
 1 BUNGKUS YIS SERBUK
 SEDIKIT WARNA HIJAU

 SEDIKIT KELAPA PUTIH DI CAMPURKAN DENGAN SEDIKIT GARAM
 UNTIK LEBIH TAHAN LAMA KUKUS DAHULU KELAPA INI.

 CARA CARA MEMBUAT :

 1 ) BANCUH YIS DENGAN 1/2 CAWAM AIR DAN BIARKAN IANYA
 KEMBANG .
 2 ) DALAM BEKAS YANG LAIN SATUKAN TEPUNG GANDUM
 DAN GULA, GAUL SAMPAI TEPUNG DAN GULA SEBATI
 2) KEMUDIAN MASUKKAN YIS YANG DAH KEMBANG TADI
 JUGA AIR PANDAN DAN LEBIHAN AIR TADI.
 3) GAUL SAMPAI SEMUANYA BENAR BENAR SEBATI.
 4) SELEPAS ITU SAPUKAN LOYANG DENGAN SEDIKIT MINYAK
 DAN TUANGKAN ADUNAN TADI, BIARKAN IANYA NAIK DUA KALI GANDA.
 5) PANASKAN KUKUSAN  DAN KUKUSLAH SAMPAI MASAK


 PETUA DARI KAWAN SAYA UNTUK MENDAPATKAN
 POTONGAN APAM YANG CANTIK, BIARKAN APAM
 BETUL BETUL SEJUK, KEMUDIAN AMBIL PISAU SAPUKAN SEDIKIT MINYAK
 BARULAH DIPOTONG APAM TU.

22 June 2011

TALAM PANDAN


 BAHAN BAHAN
 Untuk Bahagian Bawah :
 
 1 1/2 Cawan Gula Putih
 2 1/4 Cawan Tepung Beras
 1/3 Cawan Tepung Gandum
 5 1/2 Cawan Air Pandan
 Sedikit kapur

 Cara-Cara Membuat :
 1) Panaskan periuk pengukus.
 2) Masukkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sampai semuanya sebati
 3) Selepas itu kacau bahan tersebut diatas api sampai naik wap
 4) Lapik loyang dengan plastik, Tuang adunan tadi kedalam loyang
 5) Kukus sampai masak

 BAHAN BAHAN :
 Untuk Bahagian Bawah :

 1/3 Cawan Tepung Beras
 3 Cawan Santan
 4 Sudu Tepung   Jagung
 Sedikit Garam

 Cara Cara Membuatnya:
 1) Satukan semua bahan sampai sebati
 2) kacuau di atas api sehingga naik wap
 3) kemudian tuangkan keatas adunan bawah yang telah
 dikukus masak tadi, kukuslah sampai masak.
 4) Sejukkan sebelum di potong

 Resepi kuih talam ni memang sedap.....lembut.....gitu
 saya x ingat kat mane saya ambil resepi ini
 Apa apa pun saya ucapkan berbanyak terima kasih pada tuan punya respi
 Harap dapat halal kan ye, dan pada yang nak mencuba silakan
 tak rugi mencubanya. Orang kata kalau nak mencuba, buatlah sedikit dulu.

16 June 2011

PUDING KEK KARAMEL


              

BAHAN BAHAN UNTUK KARAMEL
  60 GM GULA
 1 SUDU BESAR AIR
 2 SUDU BESAR AIR
  CARA CARA :

 1) CAMPURKAN GULA DENGAN 1 SUDU AIR, CAIRKAN SAMPAI GULA MENJADI PERANG
 2) KEMUDIAN TAMBAH LAGI  2 SUDU AIR DAN KACAU SAMPAI SEMUANYA CAIR .
 3) TUANG KEDALAM LOYANG DAN KETEPIKAN SEBENTAR

 BAHAN BAHAN UNTUK PUDING
  4 BIJI TELUR
 500 ML SUSU CAIR
 70 GM GULA
 SEDIKIT VANILA

CARA MEMBUATNYA :
 1) PANASKAN SUSU DENGAN GULA SAMPAI GULA LARUT.
 2) MASUKKAN TELUR DAN VANILA DALAM MANGKUK PUKUL
 SEKADAR SEBATI SAHAJA, KEMUDIAN TUANGKAN SUSU TADI
 DAN KACAU PELAHAN LAHAN JANGAN SAMPAI BERBUIH.
 3) KEMUDIAN TUANG KEDALAM KARAMEL TADI, KETEPIKAN

 BAHAN BAHAN UNTUK KEK :

 70 GM TEPUNG -  AYAK
 60 GM GULA HALUS
 2 BIJI TELUR
 SEDIKIT PEWARNA  OREN DAN PERISA OREN ( SAYA TAMBAH  )
 20 GM MERNTEGA - DICAIRKAN

 1) ASINGKAN PUTIH DAN KUNING TELUR
 2) PUKUL PUTIH TELUR DENGAN SEPARUH GULA  SAMPAI RINGAN
 3) PUKUL JUGA KUNING TELUR DENGAN SEPARUH GULA SAMPAI
 BERKRIM,
 4) KEMUDIAN CAMPURKAN KEDUA  DUA DAN PUKUL SAMPAI
 SEBATI
 5) SELEPAS ITU MASUKKAN TEPUNG, KAUP BALIKKAN
  AKHIR SEKALI MASUKKAN MENTEGA CAIR, KACAU SEBATI
 6) TUANG ADUNAN KEK  PERLAHAN LAHAN KEATAS PUDING TADI
 7) MASUKKAN AIR SUAM KEDALAM  DULANG OVEN
 8) BAKAR SELAMA 40 MINIT PADA SUHU 170 -180 D
 9) SEJUKKAN DAHULU SEBELUM DI TERBALIKKAN KEK
 PUDING KARAMEL

 RESEPI ASAL DARI YANI, TQVM YANI DI ATAS RESEPI INI.

07 June 2011

CENDOL



BAHAN BAHAN
2 1/2 CAWAN TEPUNG BERAS
1/2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
6 GELAS AIR
4 HELAI DAUN PANDAN- BLENDER DENGAN SEDIKIT AIR
1/2 SUDU KAPUR - BANCUH DENGAN SEDIKIT AIR
SEDIKIT PEWARNA HIJAU

CARA MEMBUAT :
1) SATUKAN SEMUA BAHAN DAN TAPIS.
2) KEMUDIAN KACAU ATAS API YANG PERLAHAN SEHINGGA PEKAT DAN BERKILAT.
3) PADAMKAN API DAN AMBIL SEDIKIT ADUNAN. MASUKKAN KEDALAM ACUAN CENDOL DAN TEKAN KE DALAM BESEN YANG BERISI AIR SEJUK. BUAT SAMPAI SEMUANYA HABIS.

( Sy tak ade acuan cendol, jd sy guna acuan maruku )

AMBIL DR BLOG cek de sam

04 June 2011

DENDENG MANIS BERLADA



BAHAN BAHAN :
 500 gm daging -rebus dan hiris nipis nipis
3 sudu makan cili kisar 
 3 sudu makan minyak sapi
 *2 ulas bawang putih
* 1 biji bawang besar 
* 2 cm halia
* 2 batang serai
 2 sudu makan kerisik
 2 sudu makan jem strawberi
 1 helai daun kunyit -hiris halus
 1 helai daun limau purut
 50 ml santan
 Sedikit garam
 Sedikit serbuk kunyit

 CARA MEMASAK
 1) Gaul daging bersama serbuk kunyit dan garam
 2) Panaskan minyak sapi dan goreng daging hingga garing, ketepikan
 3) Panaskan minyak sapi dan tumis bahan bahan kisar sampai  wangi
 4) Masukkan kerisik,jem, daun kunyit ,daun limau purut ,santan dan garam
 kacau rata dan kering
 5) Masukkan daging dan kaup balikkan hingga rata dan bolehlah di hidangkan

 BAHAN BERTANDA* ADALAH BAHAN UNTUK DIKISAR

01 June 2011

KEK PISANG

250 gm mentega
200 gm gula castor
5 biji telur Gred C
4 sudu besar susu segar
2 sudu kecil esen vanila
300 gm pisang emas (yg masak ranum - dilecek halus) (kita pulak - pisang berangan)
340 gm tepung naik sendiri
1 sudu kecil soda bicarbonat

Putar mentega dan gula hingga kembang dan masukkan telur satu demi satu. Putar hingga sebati. Masukkan susu dan esen vanila. Seterusnya masukkan pisang. Hentikan mixer. Kemudian masukkan tepung dan soda yang telah diayak dan dikaup balikkan ke dalam adunan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 180'C.


24 May 2011

APAM DOT2


BAHAN BAHAN

 270 GM TEPUNG GANDUM
 250 GM GULA KASTOR
 3 BIJI TELUR A
 2 SUDU BAKING POWDER
 1 SUDU BESAR OVELLETE
 180 GM SUSU SEGAR( SUSU CAIR)
 INTI STRAWBERRY FILLING

 CARA CARA:

 1) PUKUL TELUR, OVELLETE & GULA HINGGA KEMBANG , PUTIH
 DAN RINGAN
 2) KEMUDIAN MASUKKAN TEPUNG YANG DIAYAK BERSAMA BAKING POWDER
 SEDIKIT SEDIKIT DISELANG SELIKAN DENGAN SUSU.
 3) PUKUL LAGI HINGGA SEMUANYA SEBATI.
 4) PUKUL SEKEJAP SAJA. JANGAN LAMA SANGAT.
 5) BAHAGI ADUNAN PADA 2 BAHAGIAN DAN WARNAKAN MERAH
 MASUKKAN DALAM PIPPING BEG.
 6) PANASKAN KUKUSAN 10 MINIT, LAPIK ACUAN DENGAN PAPER
 LINER. KEMUDIAN MASUKKANSEDIKIT ADUNAN LETAK INTI
 DAN TUTUP SEMULA DENGAN ADUNAN. AKHIR SEKALI BUAT CORAK
 ATAS ADUNAN DENGAN WARNA YANG BERLAINAN, KUKUS
 LEBIH KURANG10 MINIT, JANGAN LAMA SANGAT.

20 May 2011

APAM DOT2


15 May 2011

CREAM PUFF PASTRY


BAHAN-BAHAN A:

125 GM BUTTER
250 ML AIR
1/8 SUDU KECIL GARAM
1/8 SUDU KECIL GULA

B)
140 GM TEPUNG

C)
4 BIJI TELUR

CARA CARA :
 1) SATUKAN SEMUA BAHAN A KE DALAM PERIUK.
 2) PANASKAN DI ATAS API DAN KACAU SAMPAI SEBATI.
 3) KECILKAN API DAN MASUKKAN TEPUNG DAN KACAU SAMPAI
 SEMUANYA SEBATI, ADUNAN PEKAT DAN BERKILAT.
 4) PADAMKAN API  DAN BIARKAN ADUNAN SEJUK SEBENTAR.
 MASUKKAN TELUR SEBIJI-SEBIJI SAMBIL DIPUKUL SAMPAI SEBATI.
 5) PANASKAN OVEN PADA SUHU 170C.
 6) MASUKKAN ADUNAN KE DALAM PIPING BAG YANG DILETAKKAN
 NOZZEL DAN PAIPKAN ADUNAN KE DALAM LOYANG YANG TELAH
 DISAPUKKAN DENGAN SEDIKIT BUTTER.
 7) BAKAR SELAMA 25 MINIT ATAU SEHINGGA KEKUNINGAN.
 8) SEJUKKAN SEBELUM DILETAKKAN KASTARDNYA.

KASTARDNYA:

40 GM TEPUNG KASTARD
50 GM GULA
170 -180 ML SUSU CAIR ( JANGAN PEKAT ATAU CAIR SANGAT )

 1) SATUKAN SEMUA BAHAN KEMUDIAN KACAU ATAS
 API SAMPAI PEKAT .
 2) KEMUDIAN BOLEHLAH DIPAIPKAN KE DALAM PUFF YANG DAH MASAK TADI.
 3) OK DAH SIAP DAH BOLEH DIHIDANGKAN.
Powered by Blogger.

Hasiah Hashim