Pages

01 December 2010

CARA MEMBUAT MEE KUNING


BAHAN-BAHAN:-
4cawan tepung gandum
1cawan air
1biji telur
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning

CARA-CARA:-
1. Air, garam dan pewarna dikacau sebati.
2. Pecahkan telur ke dalam tepung.
3. Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga menjadi doh.

LANGKAH DEMI LANGKAH:-


1. Doh mee kuning.
2. Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil.
3. Bentukkan memanjang.
4. Leperkan doh dengan menggunakan tangan.
5. Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing).
6. Buat hingga selesai.
7. Gelek pula no.5 / no.6.
8. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
9 & 10. Gelekkan pula pada mesin bahagian buat mee, pegang semasa gelek doh tersebut supaya mee tidak menjadi kerinting.
11. Gelek sampai habis semua kepingan doh tadi.
12. Celurkan mee ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
13. Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
14. Toskan, apabila kering sedikit barulah gaulkan dengan minyak.

15 comments:

Ai One said...

Salam semua,Cik Hasiah,

Dulu saya pun tak pandai buat mee, tapi sekarang dah semakin mahir lepas ambil kursus dan belajar dari yang pakar. & Alhamdulillah, sekarang dah pun berjaya hantar kat restoren berhampiran rumah .

Dan minta izin tuan punya blog, Cik Hasiah, nak buat promosi ckit kat sini, Khas untuk pelanggan sekitar Kota bharu/Wakaf bharu (Kelantan) dan lokasi berhampiran.

Kami sedia menerima tempahan Mee Kuning (saiz lebih kecil/halus/nipis dari mee kuning biasa)

Rasa lebih enak , mudah sebati & serasi dengan masakan anda dan lebih memuaskan hati. Pelanggan kami lebih gemarkannya.

Yang paling penting ! Tanpa bahan pengawet.

& Kami juga sedia terima tempahan Mee kuning Leper jika diminta.

So, sesaper yang berminat untuk mendapatkannya , sila call "Kak Yah" untuk buat tempahan dulu yer , no kami nie : 09-7191877 @ 013-4433042.

atau email kami di globalincomes@gmail.com

Lokasi kami di : Lot 1722,Jalan Lama, 16250 Wakaf Bharu,Kelantan.

Salam. :D

Dalilayusf said...

senang rupanya nak buat ni..tggl takde mesin sahaja

Diana Ismail said...

Sy mohon share ye..Terima kasih..

Unknown said...

Mohon share ya...

Unknown said...

Terima kasih...

anonym said...

Tq cik asiah atas sharing,mudahan pahala kebaikan mengalir pada beliau atas sharing benda yg baik ni dari setiap org yg mengamalkannya..mohon utk share,thanks

Tinta Damia said...

sy ada guna etpung high protein utk buat doh tp hasilnya xmenjadi sebab lepas gelek mee tu dia xjadi bentuk mee, dia kluar sekeping, xputus, cuma ada kesan gelek je.....

Unknown said...

saya dah buat mee 16 tahun.
cik tinta mesti rapat kan pisau mesin.
high protein adalah yg terbaik utk buat mee, tapi rugi kalau bisnes. kalau pakai telur itu dipanggil kollow mian kalau cina atau roti telur tapi x pakai pewarna.
standard dia 1 kg tepung 3 biji telur dan lepas potong hiris jadi mee tabur dengan tepung kanji agar x melekat.
kemudian bentuk bulat kan timbang 200gm utk seketul jadi seketul ni rm 1.00.
org cina kalau makan mee ni di celup dalam air panas lepas tu letak dlm sup (ngiu chap) utk buat mee basah, dia ni keras sikit.

kalau mee kuning basah cuma tepung air abu (sodium karbonat) bukan sodium bikarbonat ya, ini untuk kuih, bakery pakai.
garam. pewarna kuning telur(biasa yg diluluskan diperbuat dari kunyit contoh cap kapal layar diedar di singapore. saya guna no;251 (lemon yellow) cantik. ada yg guna no;258.
dan minyak masak untuk di tabur keatas mee agar x melekat.

saya ulang:
tepung
garam
air abu
pewarna
minyak masak .

untuk ilmu tambahan tuan puan, mee yang ada di pasaran yang seolah-olah berbau kencing kuda itu menggunakan caustic soda micropearls buatan taiwan. rupa dia mcm ajinomoto,.
mee ni tahan 3-4 diluar ice box.... tetapi awas... memudaratkan kesihatan. kalau ada luka dalam usus boleh menambahkan luka.
nak contoh... kalau ada luka di jari terkena benda ni seminggu lebih baru sembuh, yg sepatutnya sembuh dalam 5 hari.

dia ada banyah jenis ... mudah ja google di alibaba.com

taip caustic soda pearl (micropearls lebih halus,
caustic soda flakes food grade,
caustic soda solid food grade,
caustic soda liquid, ini grade poison untuk industry textile sabun dan untuk generate enjin generator power supply mcm TNB. tujuan dia untuk membersihkan sisa minyak yang tertuinggal dalam enjin lepas overhaulle.

tapi ingat : jabatan kesihatan hanya melulus kan penggunaan soda solid food grade mcm batu tu.

Unknown said...

tq atas info diatas... jenama tepong gandom apa yg paling baik utk buat mee kuning ni?.. eg: sauh ke..faiza ke...

Unknown said...

tq atas info diatas... jenama tepong gandom apa yg paling baik utk buat mee kuning ni?.. eg: sauh ke..faiza ke...

sd girl said...

oh... macam mudah juga buat mee ni... ni kena cuba ni... hihihi...

sd girl said...

oh... mcm mudah buat mee ni tapi telur tu nak pukul dulu baru masukan ke dalam tepung ke atau sebiji terus masuk dalam tepung tu?

Pencari Redha Allah said...

Mi yg org cina buat style tarik2 je tu apa ye bahan2 dia tuan

Pencari Redha Allah said...

Mi yg org cina buat style tarik2 je tu apa ye bahan2 dia tuan

Unknown said...

Resepiakak punya sama tak dengan kak hasiah ni buat?

Post a Comment

Powered by Blogger.

Hasiah Hashim